Wednesday, October 20, 2010

Saya Dah Konvo!!!!

Yahuuuu yiehhaaaa yariibbaaaaa andreeee andreeee~~~

Fuh fuh fuh finally. I'm officially graduated! Alhamdulillah... Lega sangat dah selesai semuanya.. Sekarang boleh la saya fokus untuk dapatkan segulung ijazah sarjana pulak hihi.. One more semester to go! :D

Dari minggu lepas sebenarnya jadual saya sangat pack. Saya penat, lenguh kaki, tak cukup tido, makan tak teratur, dan sebagainya. Tapi itu semua, WORTH IT! Ini dia sedikit ringkasan tentang benda2 yang saya lakukan seminggu ini.

Rabu 13102010

Pergi Undercroft ambil robe untuk 7 (Paan, Aza, Kaksya, Eni, Zah, Adi) orang kawan2 saya termasuk saya. Dah la robe tu berat, kena isi borang untuk 7 orang pulak. Padahal saya dah bawak macam2 borang yang diperlukan kononnya. Haish! Nasib baik la encik boipren sudi ambil cuti sehari untuk tolong saya mengangkat robes tersebut. Dah setel, kami pergi ke Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah untuk Pre-Convo Photoshoot.

Of course la tak boleh tunjuk gambar sweet2 saya ngan dia kan :P


gambar saya sorang sudey~

Khamis 14102010

Ambil robe untuk Aishah yang last minute decide nak pergi konvo. Mula2 risau jugak kot2 tak lepas sebab dia tak isi online attendance form sebelum due date. Tapi Alhamdulillah, Tuhan permudahkan jalan. Saya dapat ambilkan jubah untuk dia heheee...

Malamnya saya tunggu Kaksya dan Paan yang datang dari KL, pastu nak tumpang tidur kat bilik saya. Paan kata nak pergi mapley, so saya pun tak dinner la. Sekali tunggu punye la lama, sampai saya tertidur. Dalam 1.30 am camtu, Paan call, bagitau kereta satu lagi yang konvoi ngan dia, eksiden. Dah dekat sangat dengan UTP, area Batu Gajah je. Member tu terlanggar tiang lampu isyarat. Saya pun terkocoh-kocoh pergi kat tempat kejadian, lepas tu bawak kawan pergi Hospital Batu Gajah. Kawan (Ayu) mengadu sesak nafas sebab terkena airbag. Dah setel semua, kami balik ke bilik saya; dekat 5 am baru sampai, semua terus pengsan.

Jumaat 15102010

Rector Award Ceremony and Convo Rehearsal di Chansellor Hall, 8.30 am. Kami tido 3 jam je (sedih betul)...


Bekas housemates semasa final year. From left: Zah, Kaksya, Eni, Paan, dan saya




Lepas tu, kami pergi photoshoot lagi :D


@ undercroft

Balik tengahari tu, terus tido sampai petang. Lepas Asar je, kami gerak ke Lumut untuk menjemput tunang Kaksya datang ke UTP. Keretanya dah dipow oleh adik, so dia pun patah kaki hehehe..

Alang-alang ke Lumut, photoshoot la apalagas!







Memang muka tak malu lah jalan merata pakai robe hihi.. Malamnya Syime (tunang Kaksya) belanja makan kat Horizon Garden Seri Manjung. Superb! Sama sedap ngan yang cawangan Wakaf Che Yeh :D

Sabtu 16102010

Pagi-pagi lagi kami dah bangun sebab ada agenda masing-masing. Kaksya nak pergi dating, saya ngan Paan pulak nak pergi naik hot air balloon dekat convosquare.



Lepas tu jalan-jalan pusing convosquare tu and shopping sakan kat booth PETRONAS (OMG semua 50% ~_~)



Petang lepas Zohor, kami pergi photoshoot dekat bangunan akademik pulak...




Lepas tu family saya tiba dari Kota Bharu dan Shah Alam. Saya pun pergi bawak diorang ke homestay yang saya dah reserve sejak dari bulan April lagi. Lepak2 kejap, lepas tu saya balik ke bilik di UTP untuk bersiap-siap pergi ke Convocation Dinner.


Dari kiri: Aisyah, Aza, Kaksya; Belakang:saya dan Paan



Lepas dinner, kami semua balik ke homestay/hotel tempat tinggal family masing2 untuk bermanja-manja hehehe

Ahad 17102010

Bangun pagi-pagi, saya pergi belikan nasi lemak untuk family. Lepas makan, saya bawak adik-adik ke pergi convofair pulak. Mentang-mentang la saya konvo sesi petang.
Semua nak naik belon jugak. Benkrap la kakak dia, tapi takpelah sekali sekala :D









Tengaharinya, saya hantar mereka balik ke homestay. Lepas tu saya bersiap-siap untuk konvokesyen saya. Kena beratur jam 1 pm.












Lepas tu, family saya pun berpecah, 2 kete balik ke KB, satu lagi balik SA. Malamnya saya pergi gathering #kuiz @utpchat.net di tapak konvo. Kami lepak-lepak makan sambil dengar konsert Hatttan. Rugi jugak rasanya tak tengok konsert Zamani malam sebelum tu, tapi kitorang dah bayar dinner kan, so kena la pergi dinner.


Zack dan Adi


Edgar, Ayub, dan Irfan.


Aloha, Irfan, Vanilla, Oompa, saya dan Paan. Thanks Irfan kerana menaja makan malam kami semua XD


Lepas makan semua, kami bermaafan dan say babai kat semua orang. Tak tau bila boleh jumpa lagi T__T


ADA LAGI. Isnin 18102010

Bangun pagi-pagi, pergi hantar robe, ambil skrol degree ngan transkrip, pergi Ipoh collect gambar dari official photographer, lepak2 kat Kinta City makan-makan + shopping. Then pegi ke post office poskan barang-barang Aisyah dan Aza, then hantar diorang naik shuttle train di ktm.

Lepas tu saya sorang-sorang balik UTP, tengok bilik sepah gile. Tau la bilik saya jadi homestay huhu.. Tiba-tiba rasa pelik, rumah dah tak bising2 :P



Sekian, kisah konvokesyen saya, bersamaan Konvokesyen ke-10, bulan 10, tahun 2010 :D

weeeeeeeeeee~~~




.

6 comments:

mardhiyyah said...

congratsss key..
waa da nk dapat scroll ke-2 plk nnt.

melor said...

hihi tenkiu man~ :*

skrol kedua tuh, insyAllah taun depan kalau viva tak delay.kalo x, kne tunggu next convo plak la :D

hana_shoyru said...

haha tq bebyk met! whaha msti ko da aman gile ;p

melor said...

hakhakhak aman gile~~ tapi rindu la pulak!! haish...

esok nak balik yeyeyyy :D

Ayub.skod.mg said...

oh aku pun ada..

melor said...

eh mestiiiiiii

otai kena la ada :P