Saturday, December 18, 2010

Harry Potter The Almostending Story

Baru-baru ni ada pergi tengok Harry Potter 7 Part 1. Masa tu pening gile tak faham satu ape pun! Tau kenape? Haaa....

Sebab saya yang bijak pandai ni dah lama malas nak follow cerita tu.. Rasa macam panjang sangat... Gi tengok pun sebab housemates yang ajak. Layankan jelah kan.. Tapi sebab geram tak faham, n tak boleh nak tanya housemates sbb diorang khusyuk gile tengok, saya pun pergi la ambil collection of Harry Potter punye series dengan seorang member. Dia simpan semua ~_~

So saya ambil la episod 4, 5, dan 6, sebab seingat saya, last sekali tengok adalah Azkaban (Gile outdated!). Masa tengok episod 4 Goblet of Fire tu, saya terperasan something! Wahhh!!!! Edward Cullen ada laa dalam Harry Potter!!! Jadi Cedric Diggory yang mati katak kena bunuh ngan Voldemort masa diorang dah dapat cup tuh! Perghhh Edward Cullen!! (Lepas seronok2 tu tiba2 rasa cam ketinggalan zaman gile sebab orang lain dah lama tau T_T)


Cedric Diggory a.k.a Edward Cullen

So... maknenye... this one is relevant la kan?


Oh yes he did go to Hogwarts.hehehe


Ada sorang lagi yang saya perasan baru muncul dalam episod tu, iaitu awek model kepada Chuck Bass yang ok lah malas nak sebut panjang2. Tak lawa pun!

Lepas tengok semua 4 5 6, baru la saya faham sikit2 cerita yang no 7 part 1 tuh. Lepas tu tiba-tiba rasa macam dah lupa cerita encik heripoter ni masa awal-awal. So saya pun dengan rajin sangat pergi la ambil dengan kawan tuh, episod 1 2 3 pulak. Akhirnya saya tengok semua balik. Fuh pening kepala duk marathon cita budak kecik ngan kayu sakti nih. Siap mengigau lagi pasal ape ntah, lupe.

Tapi yang paling bes tengok adalah episod 1. Semua orang kecik kecik comel comel. Even si Malfoy yang menyampahkan tu pun comel.. Geram je tengok.



Comel kan...


Draco pon :D



Lepas dah tengok semua seriesnya, saya membuat kesimpulan, heri adalah seorang budak yang sangat kesian. Oh kesian betul kat dia. Dah la takde mak bapak, pastu kecik-kecik dah kena berlawan ngan orang tua. Ape punye cite la.. Ish3... taknak kawan! T_T


Ok sekarang dah bole tido. Ciao~

No comments: