Adakah anda seorang pemanda berhemah? Cuba fikir balik, kemudian jawab lagi soalan saya.. Adakah anda seorang pemandu berhemah? Tak boleh nak decide lagi? OK teruskan membaca~
1. Adakah anda menggunakan signal apabila ingin membelok ke sesuatu arah? Tahukah anda signal light amat penting untuk meng "alert" pemandu lain akan hala tuju anda? Tahukan anda signal itu jugak seperti anda meminta kebenaran untuk masuk lane orang. Tahukah anda, jika anda bagi signal, saya pun tak kedekut sangat nak bagi anda menyelit depan saya?
2. Adakah anda tahu, lampu signal yang berkelip sekali dua sebelum anda membuat turning adalah tidak dikira signal? Adakah anda sedar, pebuatan itu langsung tidak memberi peluang kepada pemandu lain untuk bersedia? Tak bolehkah anda signal lama sket sebelum berhenti ke, membuat pusingan ke, membelok ke dsb?
3. Adakah anda mengambil sedikit side sekiranya ingin membelok di jalan satu lane (two-way two-lane)? Adakah sebahagian kereta anda berada di bahu jalan sekiranya ingin membelok ke kiri; dan tayar kanan kereta anda betul2 rapat ke garisan tengah jalan sekiranya anda ingin membelok ke kanan? Adakah anda sedar perbuatan sedemikian sangat memudahkan orang lain yang ingin lalu lalang di sekitar anda? Adakah anda mahu berhenti mengejut setiap kali ada orang ingin membuat turning??
4. Adakah anda takut2 nak potong kereta depan? Adakah anda ingat anda vroom2 dekat dia, then sodok2 macam angsa sudu budak kecil, then pemandu kereta depan nak slow kan kenderaan dia untuk bagi laluan dekat anda? Adakah anda tak reti cara2 nak potong kereta? Nampak ruang, yakin, dan potong sajalah! ~_~
5. Adakah anda memandu sambil mengambil angin segar, atau asap lori dan bas, bermain msg, calling dan sebagainya? Jika ya, boleh tak anda bagi laluan dekat kereta2 belakang yang agak rushing? Boleh tak anda jangan ke tengah jalan sangat, duduk tepi2 je? Adakah anda tahu delay beberapa saat atau minit yang disebabkan oleh anda boleh menyebabkan saya terlepas traffic light lalu terpaksa menunggu lebih lama (Last2 tak sempat McD lunch hour contohnya??) LOL
6. Adakah anda seorang pengguna typical (ehem. Lelaki.) yang tercabar sekiranya awek macam saya nih memotong anda? Adakah setelah anda dipotong, anda tertiba rasa macam nak kejar kereta depan dan potong dia balik pastu bawak slow balik? Adakah (ehem) kebanyakannya pemandu (ehem.) memang begitu? Adakah saya kena ikut je belakang anda? (TAKPAT!!)
7. Adakah anda selalu bawak rushing macam bini nak bersalin? Adakah anda menyelit2 macam tutttt sampai orang lain pulak kena mengelak2? (Kalau jumpa orang macam ni, saya akan cakap "Ooooo dia nak cirit la tuu..." baru la tak rasa nak marah sangat :D)
8. Adakah anda memotong dengan berhemah? Adakah anda perhati dulu sekeliling baru nak memotong? Adakah anda sedar sekiranya ada kereta di belakang anda sedang memotong anda juge, tiba2 anda masuk lane kanan? Adakah anda bengap atau bodoh? Adakah selepas saya hon, anda nak marah, then kejar saya tu, dianggap bermoral? Adakah anda tak sekolah?
9. Adakah anda membuka lampu kecil, besar, tinggi, fog light whatsoever sekiranya anda melalui tempat berkabus? Adakah anda sedar orang lain semua follow kereta depan je sebab tak nampak ape2 kecuali lampu kereta depan? Adakah anda ingat anda nampak je kalau tak bukak lampu, orang lain nampak anda jugak? Adakah anda perasan hebat??
10. Adakah anda tak pergi sekolah memandu? Adakah anda pergi untuk sign je lesson 8 jam tu, or adakah anda ambil lesen terbang?? Haih
*Pandu cermat. Ingatlah orang yang tersayang*
1 comment:
aku pemandu no 6!
Post a Comment