Monday, April 18, 2011

Kuku Panjang



Masa kecik-kecik dulu, mak selalu marah main tanah. Sebab apa? Sebab nanti kuku dengan pakaian kotor. Dulu masa kecik-kecik, ingat lagi, kuku kalau panjang sket, trus nampak kotor. Hitam. Eiiiii~~ Sebab tu kuku panjang sket je terus nak potong. Sebab geli dengan tangan sendiri. Dah tau dah perangai suka main korek2 tanah dengan kuku tu tak boleh nak buang, so ambil la langkah pencegahan dengan memotong kuku awal-awal. Bijak tak saya kawan-kawan? AHAHAHAHAH

So anyway, sampai ke tua ni pun (ehem.. tua? T_T), saya masih dengan sikap tak suka berkuku panjang. Kuku saya pulak macam dah ada tempoh masa dia tau. Kalau kuku tangan, seminggu sekali dah kena potong. Kuku kaki pulak, dua minggu sekali. Maksudnya, kalau belum sampai masa tu, kuku tak cukup nak dipotong; iaitu kalau degil jugak nak potong awal, maka saya akan sakit! Tau tak sakit! Terpotong dalam sangat. Itulah sape suruh tak nak dengar kata diri sendiri. Sejak kes terpotong kuku tak matang dulu, saya pun ikut je jadual potong kuku yang saya buat itu. Tak tahu lah orang lain macam mana. Saya dengar sesetangah orang, kukunya lambat panjang, so lama lah dia tak potong. Anyhow, I'll stick to my schedule lah.

So hari ini saya potong kuku lah. Sebab sudah panjang. Dan saya terlupa nak potong hari Jumaat hari tu, sebab.. err entah.. Lupa. Hari ini dah tak tahan duduk dengan kuku panjang. Duk tengok kuku sambil menyumpah-nyumpah setan yang tengah bergayut-gayut kat situ. Haish. Tak boleh jadi! So saya pun potong jelah kuku tu walaupun kalau kawan-kawan tengok, sure diorang kata tak panjang sangat pun. Tapi saya tak boleh tahu tak? Tak boleh? Benci benci!haha


Nak tengok kuku lepas kena potong? Tada~~~


Ok ni gambar lama. Saya takde kamera sekarang. Dua-dua dengan encik pakwe (haish!! hint nih hint!) Dan web cam saya tak anggap sebagai kamera. Sekian!

ok. Lepas tengok balik, saya rasa masa gamba tu diambil, kuku saya bukanlah baru dipotong. Tapi dah beberapa hari potong. So dalam 3-4 hari lagi saya akan mula rasa tak selesa dan nak potong balik. Begitulah adanya.


anyhoo!! Adei dah teroff topic pulak. OK back to topic. Saya sebenarnya nak cakap pasal kuku panjang. Ada orang memang suka simpan kuku. Saja-saja hobi, or sebab nak nampak cantik, atau apa-apa sajalah. Saya sejujurnya (ecewah sejujurnya..sebenarnya dah type honestly, tapi terus pikir, ape ek perkataan melayu dia?ooo ok sejujurnya.haha) tak kisah. Ada orang yang simpan kuku nampak cantik. Sebab kuku lebihan dia bersih.

Ada orang yang saya tengok geli aje. Macam mana la dia makan, basuh ** sume. Itu terpulang pada individu la nak simpan kuku ke apa ke sebab diorang punya suka la kan. Lagipun ada kawan-kawan saya yang suka simpan kuku dekat satu jari je. Jari kelingking. Haha tak faham, tapi ok la. Apa-apa pun, saya tak suka simpan kuku macam tu. imho saya tak rasa cantik kalau saya wat cenggitu. Lagipun saya tak selesa, rasa kotor aje.

Satu lagi, saya sangat suka dengan warna asli kuku. Pink putih pucat-pucat sikit alalalala so sweet.. comel ape? So saya kalau boleh tak nak la warnakan kuku. Lain lah bila tiba masa nak kena berinai tu, layankan aja. waakakkaka gedik~


Kuku panjang + colour (gambar gugel)


Cantik tak? Cantik kan? Tapi saya tak suka! Wahahaha


So kawan-kawan, sayangilah kuku anda. Kalau rajin pergila manicure (saya sendiri tak pernah gi manicure ada hati nak suruh orang wahahaha), tapi kalau pandai jaga sendiri pun dah cukup bagus dah. Jimat pun jimat. Ngehhehehehe



ps: entry di petang Isnin yang boring