Sunday, October 31, 2010

Jalan Cameron - Lojing

Alhamdulillah, jalan raya yang menghubungkan Cameron Highland (Pahang) dengan Lojing Highland (Kelantan) bakal dibaiki.

Dulu masa zaman undergrad saya memang balik KB ikut jalan tu je. Dari UTP pergi Simpang Pulai, direct ke jalan cameron tu straight.... je sampai Lojing, Gua Musang then direct ke Kota Bharu. Jalannye elok, multiple lanes. Baru siap la katakan. Walaupun ada dengar cerita-cerita tak bes pasal jalan tu dari sumber civil engineers jugak, saya prefer jalan tu jugak dari laluan Gerik-Jeli yang jalan tak berapa elok tuh.

Sadly pada penghujung tahun 2008, kejadian tanah runtuh berlaku di jalan tersebut (seperi jangkaan cerita-cerita tak bes itu). Runtuhan membabitkan beberapa kawasan iaitu kilometer 50, 54, 71.1, 74, 81 dan 83.




Tempat kejadian (sumber dari bencanaalam.jkr.gov.my)


Lepas intern, ada la sekali dua saya ikut laluan tu apabila dah dibuka, tapi agak cuak la. Analoginya macam ni lah, jalan belah atas runtuh, dan kena dekat jalan di bahagian bawah. Macam tu la yang saya agak2 hihi. Mula-mula lalu, tanah runtuh baru separuh dibersihkan. Diorang pecahkan tanah tuh, pastu jual kot. Hihi untung la kontraktor yang dapat projek tu, dapat upah bersihkan runtuhan, pastu dapat tanah free :D

Lepas tu lalu sekali lagi, dah takde runtuhan tu, tapi area yang terlibat tu dijadikan satu lane. Dua lane rosak terus, jadi lubang besar. Euww ngeri2. Lepas tu saya dah tak lalu jalan tu, sebab jalan Gerik-Jeli pun dah makin besar dan elok :)




@Puncak Titiwangsa (Laluan Gerik-Jeli)


Then yang terkininya, saya baru tengok berita tadi. Jalan Cameron-Lojing tu akan dibaiki. Kononnya plan nak baiki tu dah lulus 2 bulan lepas. So saya gembira la, maybe lepas ni akan berani balik nak lalu ikut sana. Bukan ape, boleh la singgah-menyinggah Cameron tiap-tiap kali balik. Dulu memang selalu buat camtu pon. Singgah beli strawberry la.. sayur la.. Mak saya suke! :D




Kegiatan singgah-menyinggah


Satu je, mintak-mitak jangan la dipolitikkan pasal nak baiki jalan tuh. Yela sekarang kan musim GALAS. Sebabnye, jalan tuh dah DUA TAHUN runtuh, so takde maknenye kalau dipolitikkan sekarang. Tanggungjawab repair jalan memang kerja JKR kan. Majulah Jabatan Kerja Raya untuk semua yayy~~



Monday, October 25, 2010

Data Collection Lagi



Yeayyy~~ finally saya dah ada kat rumah~~

Tapi bukan untuk berfoya-foya.. Macam biasa untuk data collection la. Kali ni special sikit sebab ikut perkiraan saya, ni la final data collection saya. Kalau betul2 ikut jadual, stage data collection saya akan selesai dalam 2 minggu ini, insyaAllah...

Lepas tu boleh la saya fokus untuk pergi present paper dekat conference pulak bulan 12 ni. Lepas tu la baru saya boleh slow-slow buat analysis untuk semua data yang saya dah kumpul sepanjang tahun ini. (fuh xleh bayang la betapa tedious nye ~_~)

Saya boleh speed up data collection pun, thanks to my brother Abe and my sister Amalin yang tolong saya collect data (tapi kena bayar upah la, RM30 sehari T_T).

Untuk kali ni, saya upah adik kawan saya pula. Syafinaz namanya. Dia baru habis diploma, tengah tunggu nak sambung degree bulan 12 ni. Memang kena pada masanya lah! Semalam saya call dia, tanya nak keje part time tak. Dia kata nak. Pastu petang tadi, saya pergi rumah dia explain job scope dia, upah semua. Mama dia pun setuju dia tolong saya, dari duk umah lepak-lepak je hihihi

Seronok~~

So esok kami akan mula bekerja, dan mesti betul-betul ikut jadual tau! Kalau tak, tak sempat. Nanti cuti sekolah saya dah tak boleh ambil data, tak valid! wuwuwuwuwu

All the best to me!





Amalin taknak tengok camera >_<



.
..dan abe dengan beg mahal :D



(beg mahal sebab bayar yuran mahal2, pastu dapat beg ni dengan buku log je -__-")




.

Wednesday, October 20, 2010

Saya Dah Konvo!!!!

Yahuuuu yiehhaaaa yariibbaaaaa andreeee andreeee~~~

Fuh fuh fuh finally. I'm officially graduated! Alhamdulillah... Lega sangat dah selesai semuanya.. Sekarang boleh la saya fokus untuk dapatkan segulung ijazah sarjana pulak hihi.. One more semester to go! :D

Dari minggu lepas sebenarnya jadual saya sangat pack. Saya penat, lenguh kaki, tak cukup tido, makan tak teratur, dan sebagainya. Tapi itu semua, WORTH IT! Ini dia sedikit ringkasan tentang benda2 yang saya lakukan seminggu ini.

Rabu 13102010

Pergi Undercroft ambil robe untuk 7 (Paan, Aza, Kaksya, Eni, Zah, Adi) orang kawan2 saya termasuk saya. Dah la robe tu berat, kena isi borang untuk 7 orang pulak. Padahal saya dah bawak macam2 borang yang diperlukan kononnya. Haish! Nasib baik la encik boipren sudi ambil cuti sehari untuk tolong saya mengangkat robes tersebut. Dah setel, kami pergi ke Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah untuk Pre-Convo Photoshoot.

Of course la tak boleh tunjuk gambar sweet2 saya ngan dia kan :P


gambar saya sorang sudey~

Khamis 14102010

Ambil robe untuk Aishah yang last minute decide nak pergi konvo. Mula2 risau jugak kot2 tak lepas sebab dia tak isi online attendance form sebelum due date. Tapi Alhamdulillah, Tuhan permudahkan jalan. Saya dapat ambilkan jubah untuk dia heheee...

Malamnya saya tunggu Kaksya dan Paan yang datang dari KL, pastu nak tumpang tidur kat bilik saya. Paan kata nak pergi mapley, so saya pun tak dinner la. Sekali tunggu punye la lama, sampai saya tertidur. Dalam 1.30 am camtu, Paan call, bagitau kereta satu lagi yang konvoi ngan dia, eksiden. Dah dekat sangat dengan UTP, area Batu Gajah je. Member tu terlanggar tiang lampu isyarat. Saya pun terkocoh-kocoh pergi kat tempat kejadian, lepas tu bawak kawan pergi Hospital Batu Gajah. Kawan (Ayu) mengadu sesak nafas sebab terkena airbag. Dah setel semua, kami balik ke bilik saya; dekat 5 am baru sampai, semua terus pengsan.

Jumaat 15102010

Rector Award Ceremony and Convo Rehearsal di Chansellor Hall, 8.30 am. Kami tido 3 jam je (sedih betul)...


Bekas housemates semasa final year. From left: Zah, Kaksya, Eni, Paan, dan saya




Lepas tu, kami pergi photoshoot lagi :D


@ undercroft

Balik tengahari tu, terus tido sampai petang. Lepas Asar je, kami gerak ke Lumut untuk menjemput tunang Kaksya datang ke UTP. Keretanya dah dipow oleh adik, so dia pun patah kaki hehehe..

Alang-alang ke Lumut, photoshoot la apalagas!







Memang muka tak malu lah jalan merata pakai robe hihi.. Malamnya Syime (tunang Kaksya) belanja makan kat Horizon Garden Seri Manjung. Superb! Sama sedap ngan yang cawangan Wakaf Che Yeh :D

Sabtu 16102010

Pagi-pagi lagi kami dah bangun sebab ada agenda masing-masing. Kaksya nak pergi dating, saya ngan Paan pulak nak pergi naik hot air balloon dekat convosquare.



Lepas tu jalan-jalan pusing convosquare tu and shopping sakan kat booth PETRONAS (OMG semua 50% ~_~)



Petang lepas Zohor, kami pergi photoshoot dekat bangunan akademik pulak...




Lepas tu family saya tiba dari Kota Bharu dan Shah Alam. Saya pun pergi bawak diorang ke homestay yang saya dah reserve sejak dari bulan April lagi. Lepak2 kejap, lepas tu saya balik ke bilik di UTP untuk bersiap-siap pergi ke Convocation Dinner.


Dari kiri: Aisyah, Aza, Kaksya; Belakang:saya dan Paan



Lepas dinner, kami semua balik ke homestay/hotel tempat tinggal family masing2 untuk bermanja-manja hehehe

Ahad 17102010

Bangun pagi-pagi, saya pergi belikan nasi lemak untuk family. Lepas makan, saya bawak adik-adik ke pergi convofair pulak. Mentang-mentang la saya konvo sesi petang.
Semua nak naik belon jugak. Benkrap la kakak dia, tapi takpelah sekali sekala :D









Tengaharinya, saya hantar mereka balik ke homestay. Lepas tu saya bersiap-siap untuk konvokesyen saya. Kena beratur jam 1 pm.












Lepas tu, family saya pun berpecah, 2 kete balik ke KB, satu lagi balik SA. Malamnya saya pergi gathering #kuiz @utpchat.net di tapak konvo. Kami lepak-lepak makan sambil dengar konsert Hatttan. Rugi jugak rasanya tak tengok konsert Zamani malam sebelum tu, tapi kitorang dah bayar dinner kan, so kena la pergi dinner.


Zack dan Adi


Edgar, Ayub, dan Irfan.


Aloha, Irfan, Vanilla, Oompa, saya dan Paan. Thanks Irfan kerana menaja makan malam kami semua XD


Lepas makan semua, kami bermaafan dan say babai kat semua orang. Tak tau bila boleh jumpa lagi T__T


ADA LAGI. Isnin 18102010

Bangun pagi-pagi, pergi hantar robe, ambil skrol degree ngan transkrip, pergi Ipoh collect gambar dari official photographer, lepak2 kat Kinta City makan-makan + shopping. Then pegi ke post office poskan barang-barang Aisyah dan Aza, then hantar diorang naik shuttle train di ktm.

Lepas tu saya sorang-sorang balik UTP, tengok bilik sepah gile. Tau la bilik saya jadi homestay huhu.. Tiba-tiba rasa pelik, rumah dah tak bising2 :P



Sekian, kisah konvokesyen saya, bersamaan Konvokesyen ke-10, bulan 10, tahun 2010 :D

weeeeeeeeeee~~~




.

Thursday, October 14, 2010

Tetamu Tak Diundang

Di suatu petang yang aman damai, saya sedang membuat correction pada conference paper seperti yang diarahkan oleh seorang pensyarah. Kemudian saya terdengar suatu bunyi yang agak familiar di belakang, tetapi disebabkan kepala tengah serabut, saya buat bodo je..

Tiba-tiba, bunyi itu kedengaran di kaki saya pula.. Lepas tu, di ribaan saya, dan beralih ke meja pula.

MasyaAllah.... Saya tak tutup pintu rupenye ~_~





Kacau dia~~ sape suh wat keje sambil main fb




Intai-intai sket...




Hmm..hidu-hidu sket...




ok! Lepak sini pon best jugak. -setel-






HEHEHEHE~



.

Monday, October 11, 2010

Sudah sudah la salam perantauan


Tak habis-habis lagi kes ni. Benda kecik je, tapi disebabkan seseorang gi perbesarkannya, maka pihak UTUSAN pun dah malu, pihak UTP pun malu, dan tuan rektor pun tak happy. Oh kesian tuan rektor. Kami sayang anda ^_^

Kesimpulannya, dah dah la tu.. Tak de faedah pun gi bising2. Dua2 pihak salah, dua2 pihak jugak ada alasan masing2. Pihak ketiga keempat kelima seterusnya tuh duk diam2 ok. (OK saya pihak ke ribuan, nak duk diam jugaklah)

ps: itu la.. kejar sangat traffic, sekarang dah susahkan budak juniors tu. Mintak2 diorang tak kena tindakan tegas sangat. Suruh cuci taman yang dalam gambar tu pun ok dah kot. Semua orang happy kan?


Saya pelajar universiti of blabla ingin mengucapkan blabla buat blabla sempena blablabla.. Rindu blablabla ~_~


Nampak macam kat oversea? Autumn? Sebenarnya kat Padang Kota Lama, Penang. So how? Macam ni crew salam perantauan pun maybe tertipu juga :P


Saturday, October 9, 2010

Aqiqah


Baru-baru ini, Rafi ajak pergi open house rumah sedara dia kat Jelapang. Katanya open house kan, so saya ngan Kak Mira pun berkira-kira nak pakai seluar je, sebab kami direct dari lab.

Sekali tengok2, makcik dia buat majlis aqiqah rupenye. Cacat gile Rafi bagitau kitorang open house. Semua orang pakai baju kurung. Saya ngan Kak Mira je kurang sopan sket. Emo2 haha



Cantik kan buaian tempat baby duduk tu :D



Marhaban, Zanji, dan macam2 lah. Seronok~


Rasanya ni first time saya betul2 tengok majlis aqiqah. Sebelum ni, tak tau lah. Duk dalam bilik ke, duk dapur ke..tapi tak pernah amek kesah. Rupenye bes majlis aqiqah ni. Wahaha jakun gile aku. Masa tu Mirza Munir, student dari Pakistan ikut jugak. Bila dia tanya2 pasal custom ngan ceremony tu, saya main tibai je jawab. lalalala~



Rafi dan Mirza. Entah ape la derang bwat. 1 Malaysia? ~_~



Wednesday, October 6, 2010

Field Work

Fuh rasa macam bizi giler minggu ni. Dengan konvo preparation nyer, dengan paper nyer. Ye paper saya dah accepted for conference proceedings Alhamdulillah :D

Weekend lepas, saya ada buat field work untuk budak2 yang ambil Transportation Planning and Engineering (TPE). Dua hari straight, Sabtu dan Ahad, untuk 2 group.

Sabtu punye agak kelam kabut sebab students datang ikut suke diorang. Nama kat Ahad, datang Sabtu. End up, hari Sabtu ramai gile orang. Dah la sem ni Pak Wardo senior kitorang dah grad Ph.D nye, so tinggal la saya, Kak Mira dan Rafi je sebagai Graduate Assistant (GA) untuk monitor field work berkenaan.





Pak Wardo with the Laser Gun (sem lepas punye gambar)


OK ni gambar minggu lepas punya pulak:




Bagi instructions




Macam biasa, mengarah orang XD




Students yang datang hari Ahad. Sebab sikit senang nak kontrol. Budak2 pun berjurus. Akak sayang :D


Bagus jugak Dr Madzlan suruh wat field work weekend aritu. Kalau delay lagi, mungkin saya tak dapat join. Data collection perlu diteruskan sebelum cuti sekolah bulan depan. Pastu bulan 12 ni nak present kat conference lagi. Tak dilupakan convocation degree saya minggu depan *suke*suke*


ps: tadi gi karok dengan housemates. pancit... - tido- zzzz