Saturday, January 28, 2012

Kenangan Foundation

Pagi tadi, saya sms adik, tanya dia jadi ke nak pergi library (katanya ada kuiz minggu depan). Dia kata dia atas bas on the way ke Ipoh untuk medical check up (adik saya baru masuk UTP bulan ni). Tiba-tiba saya terkenang masa lalu ketika bermedical check up dia Ipoh Specialist. Masa tu tahun 2005, saya masih lagi bergelar Foundation Students.

Sepatutnya saya kena medical check up masa semester 1, tapi tak tahulah camne boleh terlepas, so saya pergi masa sem 2, bersama-sama budak2 yang baru masuk July 2005. Kiranya senior satu sem la ni.. Ingat lagi masa tu musim kegilaan AF, so ada dengar budak2 junior (eleh junior satu sem je, umur same :P) tengah cakap2 diorang nak tengok AF dari henpon je (langgan ape tah). Eleh, macam riak pulak aku dengar.

Masa foundation, saya dan kawan2 (Aza dan Paan) nak beli basikal untuk memudahkan pergerakan kami. Masa tu budak2 foundation mana la bawak kereta. Beberapa orang je bawak motor, tu pun jadi gelemer gila. So kami bertiga pergila jalan kaki keluar dari utp untuk tunggu bas, nak g Tronoh je pun. Tengah jalan tu, ada senior (international students) lalu dengan kereta, offer nak tumpangkan kitorang. Diorang tu lelaki, orang hitam pulak tu. Tapi sebab kitorang innocent kaw2 punya, kitorang pun naik la kereta tu.. rasanya fiat kut.

Sampai kat Tronoh, brader tu siap offer nak bawak g Ipoh lagi, tapi kitorang taknak. So dekat Tronoh trus gi kedai basikal pilih2. Lepas beli, tauke offer nak hantarkan basikal ke utp, tapi ke caj la. Lepas tu kitorang tanya, hantar basikal sekali dengan tuan boleh? Tauke tu nak caj extra lagi. Kitorang mane la kaya sangat. Last2 kami decide nak cycle je ke utp. Konon dekat kan... Memang la dekat... kalau naik kereta! Ape la punye kedekut kitorang masa tu. Tapi seronok juga cycle sampai semput. Elok2 je masuk utp, hujan pun turun dengan lebatnya.. Kami pun duduk berteduh kat MPH. Nasik baik la dah sampai utp. Tak terfikir pun pasal hujan masa decide nak balik cycling tu. Tapi serius seronok gila.

So dah ada basikal tu, kami seronok la pusing-pusing utp petang2. Gi kelas pun naik basikal. Dulu makan dekat cafe v5 old je, paling jauh cafe usm. Tapi dah ada basikal sanggup g makan kat cafe v3 (kira jauh la tu). Berlagak tak? Ada sekali tu, kami ada presentation ape ntah. Semua orang pakai formal. Yang lelaki kot dan tie, yang perempuan baju kurung. Kitorang yang noob ni siap pakai t-shirt dan naik basikal gi presentation. Lepas tu kena sound dengan lecturer. Mane la kami tau kena pakai formal. Tu first time presentation kut.. huhu

Pernah jugak kami buat gila cycle ke Taman Maju untuk ke pasar malam. Masa tu tengah naik basikal pusing2 dalam utp sambil ambil udara malam. Lepas tu tiba-tiba Jakpa (kawan satu batch) join kitorang and ajak gi Taman Maju. On the spot, kami setuju. Sampai kat pakgad, baru perasan tak bawak kad matrik. Rasa malas pula nak patah balik ambil kad, lepas tu keluar balik (masa tu pintu pagar lama jauh gila dari hostel v5 old), so kitorang merayu kat pakgad nak keluar jugak. Pakgad tu usik kitorang, nak keluar boleh, masuk je yang tak boleh kalau takde kad. Tapi dah kitorang merengek2 nak g pasar malam, pakgad tu pun bagi je. Tapi dia kata "15 minit!!!" Masa tu sempat lagi kitorang nak nego 20 minit la ape la, tapi pakgad tu suruh pergi2 cepat2. Kalau dah tukar shift, nanti pakgad lain tak bagi masuk pulak. So kitorang berempat ni pergi la Taman Maju naik basikal malam. Masa tu tak rasa bahaya sangat sebab jalan bukan highway macam sekarang. Tapi gila kau! Jauh kut.. Half way je dah rasa menyesal dah. Pergi Taman Maju beli air je rasanya.. Entah pape. Hahaha lawak2...

Ada sekali lagi tu buat gila naik basikal pergi taman maju sebab nak makan kat kedai Layar ke ape ntah. Kat situ konon sedap la.. Masa tu weekend. Sampai kedai tu, lepas order nasik, Paan kata nak g tandas. Elok je dia bangun dari kerusi, trus dia jatuh terbaring atas lantai. Tapi mata dia berkelip2. Masa tu cuak gila tengok Paan, trus gi goncang-goncang badan dia, tapi no respon. Aza pulak macam tengah blur kat meja makan. Saya jerit-jerit la "Aza!! Paan pengsan!!!" tapi Aza pun muka macam nak tidur pulak. Pekerja kedai pulak tengok je kat kitorang. Tiba2 Paan bangun then kata dia ok. Dia pun gi tandas.. lama gila. Berapa kali kena ketuk baru dia keluar. Aza pulak macam orang tak betul dah. Dia nak pitam jugak, tapi dia tahan agaknya.

Saya pun call Nani (satu2nya girl yang ada scooter) suruh datang ambil Paan. Nani datang dengan MekNik, so Paan balik dengan Nani, dan MekNik yang kena kayuh basikal Paan bawak balik ke UTP. Makanan tak sempat makan pun, bungkus je. Lawak gila. Menyusahkan orang je kerja. Ngada-ngada nak gi makan jauh-jauh. Sendiri tak larat. Petang tu mami Paan call, dah kena explain pulak kat dia. Mami pesan jaga 'adik' baik-baik. Peh Paan baru ku tau kat rumah orang panggil ko "ADIK". Padahal ko tu bukan bongsu. Tak malu betul! Kah kah kah

Sekarang basikal tu pun dah hilang. Biasalah.. orang tau nak pinjam je, tak reti nak pulangkan. Lepas orang ni, orang lain pinjam. Lepas tu entah sape-sape sampai tuan basikal pun tak tau sape pinjam basikal dia. Last-last hilang. Masa 2nd year pernah ternampak ada foreigner students naik basikal tuh. Geram betul >_< tapi kira halal je lah.

Satu lagi kenangan yang melucukan masa foundey ialah print kat Call Lab dan IT Lab. Kat utp ada beberapa lab yang students boleh guna untuk internet dan free printing, tapi kena bawak kertas sendiri la. Masa tu jakun gila, semua benda nak print, even lirik lagu. Keh keh keh.. Kitorang muka yang selalu sangat kat Call Lab buat entah ape-ape, facebook pun takde masa tu, sampaikan digelar minah printer. Ada sekali tu tak ingat kenapa, saya baru balik dari lab, lepas tu saya mesej dekat Jakpa suruh pesan ape entah kat kawan dia yang pakai baju merah. Begini la lebih kurang sms tu berbunyi,

"Jakpa, psan kt bj mrh suruh blablabla"

Lepas tu Jakpa reply, "Baju murah?" Wahahahaha gelak guling2 masa tu kitorang bertiga. Bongok la Jakpa, tapi ada logik la jugak pertanyaannya itu. Kakaka

Ada sekali tu saya jalan dua orang je dengan Aza nak pergi mana entah. Tiba-tiba Epul and the geng (kawan satu batch jugak) tegur kitorang, "Eh, harini Charlie's Angel tak cukup ahli"

Baru la kami tau diri digelar Charlie's Angel jugak. Banyak jugak gelaran yang kami dapat sepanjang kat utp nih, termasuklah "Geng Seratus Orang" sebab bising sangat walaupun tiga orang je. Oh I missed that moment when we were all so adorable and innocent and cute. Sekarang semua dah jadi wanita berkerjaya, Aza kerja Petronas Kerteh as ..as... ape ek Aza? sori lupa.. Paan as Highway Engineer, and me as a Research Officer.

I hope my sis will have a good time too here in utp.

Ouh how time flies...

Tiga serangkai, Geng basikal, minah printer, charlie's angel, geng seratus orang, and counting :P

update: Aza kata dia keje exec, contract management. peh!



4 comments:

hana_shoyru said...

Hahahha..gile tringt wei..kenangan btul.. Hahha siap cite ak pgsan..cehhh

hana_shoyru said...

Hahahha..gile tringt wei..kenangan btul.. Hahha siap cite ak pgsan..cehhh

melor said...

wuiiii kenangan tuhhh.stok gelak aku sampai sekarang kot. paan pure2 pengsan kehkehkeh

Anonymous said...

[url=http://www.supra-shoesnz.net]supra shoes[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]outlet moncler[/url]
[url=http://www.supra-shoesnz.net]supra shoes[/url]
[url=http://www.chanel-newzealand.com]chanel nz[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]outlet moncler[/url]
[url=http://www.supra-shoesnz.net]supra shoes[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]http://www.giubbotti-moncleroutlet.com[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]outlet moncler[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]outlet moncler[/url]