Wednesday, June 23, 2010

Saya pegi buat Pasport!

Tersebutlah kisah saya ngan paan telah membeli tiket promosi Air Asia KL-Miri-KL berharge RM0.00 dengan tax RM15.00. Tiket tu bertarikh bulan July 2010, dan masa beli tu ialah setahun yang lepas. Hihi


Ok dia salah eja nama, tapi dah betulkan ngan AirAsia dah :P

Nak dijadikan cerita, Aza (salah seorang cacatan) telah mendapat placement di Petronas ABF kat Bintulu sejak awal tahun ini. Maka tiket ini bakal digunakan untuk melawat Aza, padahal dia kat Bintulu, n kitorang pegi Miri. Terpakse la susahkan Aza dan opismet dia datang jemput kitorang kat Miri kui3....

So kami pun bercadanglah nak pergi Brunei merendek2 alang2 3 hari kat sana kan... Aza pun suruh la saya buat paspot. Maka saya yang jakun ni pun pegi la ke Jabatan Imigresen yang terletak kat Jelapang sorang2 gamble gitu. Saya pegi sehelai sepinggang je, tak bawak gambar pun. Tapi kakak kat kaunter tu baik...dia suruh saya gi tangkap gamba n fotostet IC dulu, kat sebelah tu je katenye. Lepas tu saya kena isi borang sebelum amek nombor giliran. Dapat je no giliran tu terus kena panggil.

Peh, mantap betul servis dia. 5 minit kemudian, saya dah dapat resit bayaran untuk passport 48 page. RM100 untuk 2 tahun, RM300 untuk 5 tahun. Lepas tu pakcik tu suruh tunggu 2 jam baru collect passport.

Alang2 saya pegi la makan dulu dekat KFC. Ni la first time saya gi makan sorang2. Dah la dalam tu takde orang lain selain pekerja je. Nasib baik la ada orang sudi main msg ngan saya walopon sibuk bekeje :P, kalau tak dah nangis dah tau :D

Tak sampai 2 jam kemudian, saya pegi ke Imigresen balik, tengok2 passport dah siap. Fuiyyoh laju! Dah la mesra alam je semua. Ni nak puji lebih2 ni! (tau la kaklong aku keje imigresen jugak he he he)

Pastu...

TADAAAAAAAAAA




Ni la dia passport saye tuh. Taknak tunjuk gamba, segan la pulak (tiba2 jadi pemalu kan)..
Skrg saye dah buleh gi jenjalan mana2 pon kecuali 1sr43L laknatullah..... hi hi hi jakun kan aku

5 comments:

Faiz Rev said...

dem ak nk wat passport gak ar camni

lolita said...

sile2...murah3...lelong~~lelong~~

limauais said...

erk.gini dih bilo buleh wak pasport.hahaha.
kalu nk g kt narathiwat naek perahu,kn ad pasport jugok ke?hehe.

lolita said...

nok gi nara kena wat border pass jah kot...tp xtau la gano

Anonymous said...

saya nk tw mcm mna awk betulkan ejaan nama airasia tu? sy pn trkena ni, xtw mcm mne, bole bgtw?
contct sy, 0176543289, tolongmye, urgent