Monday, November 22, 2010

Kembali Sibuk

Data collection dah siap.

Dah balik utp pun...

Minggu ni kena hantar reviewed conference paper ke uniten.
Minggu depan kena hantar symposium paper ke utp.

6-10hb Disember = Symposium ke-12 kat utp. tak tahu lagi present hari ape. yang pasti paper pun tak siap lagi. Apetah lagi slide dan preparation???

21hb Disember = MUTF Conference kat Uniten. Paper dah siap. Tunggu final review dari sv, then final correction maybe, sebelum resubmit ke proceeding team. Slide tak buat lagi. Tengah tensen dengan sympo paper. uhuuuuuu

Mana nak kena utamakan ni?????


Nak g deting dulu boleh tak :D

Wednesday, November 17, 2010

Raya dan Cheng Ho

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan buat semua umat muslimin. Soalan lazim musim ini ialah "tahun ni korban ke?" Hehehehe...

Sempena cuti beberapa hari ni, selamat pulang diucapkan kepada anak Kelantan di perantauan. Bawak kereta tu hati-hati ye.. Hari Sabtu lepas lagi jalan dah mula jammed dari biasa di Kota Bharu. Orang sibuk nak shopping plus perantau mula balik kampung. Tensen ambil data yang sepatutnya satu trip = 1 jam , jadi 2 jam.


So sempena balik bercuti ni, apa kata kawan-kawan usha Cheng Ho Expo yang bakal bermula Ahad ni, bersamaan 21 - 26 November 2010. Ape? Cheng Ho ape? haha tak pernah dengar pasal Expo ni? Yela kalau nak harapkan media prima tu takpat la kan :P

Cheng Ho Expo 2010 : Kelantan-China International Trade Fair ni membawakan tema Friendship & Prosperity. Friendship China-Kelantan? Prosperity burger? Hihi itu je yang ada dalam kepala saya bila sebut Friendship & Prosperity. Jom usha poster dia:



Logo expo


Banner



Events




Jom usha Cheng Ho Expo punya website dan Dato' Husam punya website pulak. Ni Facebook page. Ecewah aku ni asek iklan jer :D

Dari seminggu dua yang lepas saya dah perhati persiapan expo ni dekat Stadium Sultan Muhammad IV. Poster dan banner dah penuh. Khemah dah naik. Excited pula menengoknya. Saya teringin nak tengok, nak pergi berurut ke.. belajar tulisan khat Cina ke.. tapi macam tak sempat je.. Kena balik campus cepat-cepat ni, banyak kerja T_T


So kawan-kawan yang cuti panjang sikit tu singgah la tengok-tengokkan untuk orang-orang macam saya ni kih kih kih


ps: penuh daging lembu tak muat nak letak lam peti ais. jom bakar sate~~~~






.

Tuesday, November 16, 2010

Celcom ke Maxis part II




Sebelum ni terfikir pasal Celcom Upax versus Hotlink Youthclub. Sekarang nak fikir pasal broadband pulak.

Minggu lepas saya ikut Aiman ngan Nadia keluar ke KB Mall. Nadia nak cari printer. Saya pula nak pergi buat haircut. Masa tu ada IT Fair kat ruang legar ground floor tu, manakala salon saya kat tingkat paling atas. Masa pusing-pusing tu saya nampak member tengah promote Maxis punye brukband. Kerja part-time sempena cuti sem kot. So saya pun pergi la dengar..

Turns out saya berminat!!! Murah gilerrrr

RM38 sebulan selama 6 bulan, seterusnya RM48/month

Pastu usha Celcom broadband pulak.

RM28/month for 3 months, then RM48/month


Oh same je.. Tapi Maxis nyer limit 1.5Gb while Celcom; 1Gb..Kat sini Maxis dah mendahului. Lepas tu usha lagi..

Maxis punye broadband 3.6Mbs free. Kalau nak yang 7.2Mbs kena bayar RM100 kot. Entah.

Celcom pulak ada kena buat registration RM100.

Heh. So Maxis wins la kot.


Lepas tu balik rumah excited gila pergi cerita kat encik boifren, nak beli broadband.... Lepas tu kena sound.

" Nak buat ape? Kat umah dah ada. Kat UTP dah ada. Bile nye nak pakai?"

" Err.. on the way?", jawab saye. Huhu... Kena marah...



Kesimpulannya, tak jadi beli T____T




.

Monday, November 15, 2010

Celcom ke Maxis?




Saya adalah salah seorang pengguna dua-dua rangkaian Maxis dan Celcom. Pasal Digi saya taknak sebut lah sebab kawan-kawan memang tak ramai pakai Digi. 2-3 kerat je, dan mereka pasti ada satu lagi nombor Celcom/Maxis.





Kenapa saya ada dua nombor?

Mudah saja. Kalau rangkaian berlainan caj dia mahal sikit. So ambil jalan tengah pakai dua-dua. lagipun kredit agak jimat buat camni. Saya pasti ramai orang yang buat kan? Call dan message untuk Celcom ke Celcom je, dan Maxis ke Maxis. Boleh pilih nak guna yang lagi murah untuk buat panggilan atau texting. Tambahan pula, saya pakai fon yang boleh masukkan dua-dua simcard, dan on kedua-dua serentak.

Satu lagi sebabnya, sekarang ni saya kan student. Saya pakai Celcom Upax dan Maxis Youthclub. Memang sangat murah. Tapi kedua-dua pakej ni akan berakhir apabila saya berumur 25 tahun, lagi 2 tahun.

So selepas 2 tahun, saya akan menggunakan satu nombor saja. Maybe pakai postpaid. Who knows. Tapi saya memang akan pilih antara satu. Kawan-kawan yang tak sambung belajar memang dah guna satu nombor je sekarang. Ada yang pilih Celcom je, ada yang pilih Maxis. Dari sekarang saya memerhati perkembangan caj Maxis dan Celcom. Hari ni Hotlink sms, cakap caj untuk calling ke rangkaian lain akan naik dari 15 sen ke 18 sen. Esok-esok apa pulak?

Ye saya memang kedekut, nak jimat sebab nak simpan duit wat kawen (LOLs), so benda-benda macam ni saya memang berkira lah. Kalau nak contact kawan-kawan, pergi cari kat Gtalk ke, YM ke, FB, ke.. Last choice baru nak sms. Kecualilah sangat urgent, maka saya akan call terus je.

So macam mana? Encik Celcom dan Puan Maxis? Yang mana satu bakal menjadi pilihan saya? Haha :P




.

Sunday, November 14, 2010

Buat baik dibalas baik

Orang kata kalau kita buat baik kat seseorang, pasti akan dibalas juge, tak kira la oleh orang tu jugak ke..ataupun Tuhan gerakkan hati orang lain untuk buat baik kat kita masa kita memerlukan.

Contohnye, jangan lah kerek sangat time bawak kete tu. Kalau ada kete menyelit mintak jalan, bagi je lah. Mana tau satu masa kita pulak terdesak nak menyelit kan...

Tersebutlah kisah, ada makhluk Allah telah berbuat baik kat saya. Masa tu saya parking kat tengah bandar Kota Bharu. Kat sini bayar parking yang masuk syiling dalam meter tu....





....macam ni...


Masa tu saya masukkan je syiling yang saya ada...tapi sikit la.. Bila balik ke kereta, saya tengok ada kereta yang kena saman sebab tak masukkan syiling. Tapi saya tak kena.. So saya agak pakcik majlis perbandaran kesian kat saya la.. Terima kasih pakcik :)

Satu kali lagi tu, saya pergi shopping. Letak syiling 20 sen, untuk 15 minit je... Tapi shopping sejam. Balik ke kereta, tengok-tengok kat meter tuh, ada lagi masa beberapa minit. Apekah? Saya pun mengagak ada makhluk Tuhan yang baik hati isikan syiling dalam tu.

Huhu terima kasih tuan-tuan dan puan-puan. Saya doakan pada masa depan, Allah gerakkan hati orang lain pulak tolong tuan-tuan dan puan-puan ye.. Amin...


Lepas kejadian-kejadian tersebut, saya mula berkira-kira nak beli kad pintar parking macam abah saye punye. Tu la dari hari tu abah suruh beli, tapi saya degil.. hihi



kad pintar untuk parking


Kad ni fungsi dia macam prepaid lah. Bila dah parking, masukkan sekali. Then bila nak keluar parking, cucuk lagi sekali. Nanti kat meter keluar la berapa lagi balance kad anda. Senang kan? Tak payah risau nak sediakan syiling. Lepas tu tak payah pikir dah masukkan syiling tu terkurang ke.. terlebih ke... Gerenti takde ter ter dah. cewah iklan betul!

ps: Saya agak, kalau kita lupa nak cucuk bila nak keluar parking, mesti balance habis kan? Kankan? So key, takleh lupa-lupa ye? Haiz....





Huuuu taleh tidooooo T________T

Monday, November 8, 2010

Apesal Ngok?

Apesal? Apesal?

Apesal orang blaja tinggi-tinggi pun bodoh jugak?

Apesal kalau Kedah banjir, kerajaan pusat kena mengungkit-ngungkit masa hantar bantuan?

"tak kira lah dia pangkah apa, kita sanggup nak bantu?"

Apesal? Rakyat Kedah bukan rakyat Malaysia ke? Tak bayar cukai ke?


So, maknanya, time rakyat UMNO Kelantan kena banjir, kerajaan negeri PAS Kelantan tak payah tolong jugak lah? Tak pangkah dia?

Wadehel man!


Satu lagi ada budak pernah cakap dulu-dulu, " Eh, Mahathir tu PM aku la. Ko kan PAS. Bukan PM ko"

Eh ngok! PM UMNO ke dia? PM Malaysia kot budus. Dah tu kalau Tok Guru Nik Aziz jadi PM Malaysia, dia PM aku sorang ke ngok? Dia PM ko jugak la budus.

Budus budus budus. EMO WEIIII

Gi bukak buku sejarah baca balik peranan-peranan kerajaan negeri ngan kerajaan pusat. Pastu baru cakap besar balik. Gih gih syuh syuh



NGOK.

Sunday, November 7, 2010

Kahwin Perdana 2010



Teringin nak kahwin? Tapi tak cukup duit? Boleh-boleh jangan risau... Sekarang anda boleh kahwin free je. Mas kahwin ngan kenduri sponsored! Pastu yang lain-lain tu sapot sendiri la kankan?





Betul ni tak tipu punya.. Sumber dari facebook Tok Guru kesayangan saya. Bagus betul lah idea ni. Memang patut dicontohi pemimpin-pemimpin lain.

So, kawan-kawan yang nak kahwin tu, sila lah. Pilih je kategori mana yang berkenaan. Kalau takde jugak, tak payah nak gatal-gatal. Pergi cari keje simpan duit dulu ye :P