Wednesday, November 17, 2010

Raya dan Cheng Ho

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan buat semua umat muslimin. Soalan lazim musim ini ialah "tahun ni korban ke?" Hehehehe...

Sempena cuti beberapa hari ni, selamat pulang diucapkan kepada anak Kelantan di perantauan. Bawak kereta tu hati-hati ye.. Hari Sabtu lepas lagi jalan dah mula jammed dari biasa di Kota Bharu. Orang sibuk nak shopping plus perantau mula balik kampung. Tensen ambil data yang sepatutnya satu trip = 1 jam , jadi 2 jam.


So sempena balik bercuti ni, apa kata kawan-kawan usha Cheng Ho Expo yang bakal bermula Ahad ni, bersamaan 21 - 26 November 2010. Ape? Cheng Ho ape? haha tak pernah dengar pasal Expo ni? Yela kalau nak harapkan media prima tu takpat la kan :P

Cheng Ho Expo 2010 : Kelantan-China International Trade Fair ni membawakan tema Friendship & Prosperity. Friendship China-Kelantan? Prosperity burger? Hihi itu je yang ada dalam kepala saya bila sebut Friendship & Prosperity. Jom usha poster dia:



Logo expo


Banner



Events




Jom usha Cheng Ho Expo punya website dan Dato' Husam punya website pulak. Ni Facebook page. Ecewah aku ni asek iklan jer :D

Dari seminggu dua yang lepas saya dah perhati persiapan expo ni dekat Stadium Sultan Muhammad IV. Poster dan banner dah penuh. Khemah dah naik. Excited pula menengoknya. Saya teringin nak tengok, nak pergi berurut ke.. belajar tulisan khat Cina ke.. tapi macam tak sempat je.. Kena balik campus cepat-cepat ni, banyak kerja T_T


So kawan-kawan yang cuti panjang sikit tu singgah la tengok-tengokkan untuk orang-orang macam saya ni kih kih kih


ps: penuh daging lembu tak muat nak letak lam peti ais. jom bakar sate~~~~






.

No comments: