Tuesday, August 31, 2010

Hepi Merdeka Day


Post yang terlambat hehe...

Selamat Hari Kemerdekaan diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.... Saya boleh imagine budak2 tengah buat konvoi keliling UTP sambil bawak bendera Malaysia n hon bising2. Seronok intai kat tingkap masa zaman kecik2 dulu. Kat Dataran Ipoh tu agaknye lagi grand dengan orang2 yang nak tayang kereta modified sempena merdeka nih. Kat Lumut agaknye penuh ngan couple je kot? :P

Duk usha2 blog orang lain tadi, semua duk tulis pasal erti merdeka yang sebenar. So saya pun taknak cakap banyak pasal erti kemerdekaan, nak bagitau satu ayat je, "Nenek moyang kita susah payah usahakan kemerdekaan ni, so marilah kita yang berbilang kaum ni bersatu-padu. kekalkan keamanan negara kita ni. Dah2 la dengan isu2 yang tade pape, tapi semua nak dibisingkan atas kepentingan orang2 tertentu. Jom2 kita berpadu buat derk je kat orang2 tersebut ngahahaha"






Gamba sampingan: adik sambut merdeka dengan bershopping aje~



Thursday, August 26, 2010

Kalau nak berniaga kat Kelantan


Nak tahu satu rahsia berniaga kat Kota Bharu (or Kelantan secara generalnye?) OK bukan rahsia kot..ramai orang dah tahu. hihi


Kalau nak berniaga kat Kelantan, kena la guna nama islamic sket..baru la laku..


haaaa kedai nih laku gile..tup tap orang cina yang punye (kalau tak silap).pandai tak dia?sekarang rasanya bukak restoran bilal pulak.pandai3! *clap2*


OK ni namanya nirwana, dekat USM Kubang Kerian. nama pun macam ala2 kumpulan nasyid gitew


Kalau tak islamic pun, guna la nama melayu..pasal orang Kelate ni kemelayuan dan keislaman diorang kuat lagi :D


dekat bandar kota bharu


di wakaf che yeh


padahal dua2 nih bawah company billion.


haa kat sini ada pasaraya billion.at least dia letak nama kota sri mutiara kan..

tapi, sudahnya budak2 je suka lepak2 kat sini (sebelum kemunculan KBmall).mak2 budak suka gi pantai timur/ceria


Pastu pasar2 yang jual barang murah2 tu toksah cerita la kan. orang2 luar yang datang pon suke shopping kat pasar2 ni:


pasar siti khadijah


bazar buluh kubu


bazar MPKB (haa nampak je buruk tapi kat dalam tu syurga pakaian.suke beli tudung kat sini.MURAHHHH)


bazar tengku anis (ok yang ni mahal sket sebab sebelah kg kraftangan.so memang target kat pelancong asing je)


pasar wakaf che yeh (siang ari jadi tempat makcik2)



pasar wakaf che yeh (malam ari jadi ala uptown gitu)


Pastu kat Kelantan, semua papan tanda wajib ada tulisan jawi, n kalau ada gambar perempuan kena bertudung.


TISKO. HA HA HA!


Maya Karin in Silkum


Kalau nama amareka sket, makcik2 pakcik2 tak suke la lepak. anak2 dia suke!haha


KB Mall


Parkson a.k.a. KB Trade Centre


Pelangi Mall


Kelantan Trade Centre (KTC) dekat stadium. bawah skali ada cafe The red Warriors.


Haaa dan yang paling aku suke, Madinaturraudhah atau kami panggil Bazar Tok Guru je, sebab idea nak buat ni datang dari Tok Guru kesayangan kami semua :D (masih dalam construction)





Sebenarnya aku pon ada terlibat sikit2 dengan projek ni masa intern kat consulting engineer firm dulu muhahaha bangge2


OK cukup setakat itu. Malas i nak masuk bab Edly Fried Chicken (laku dowh, dah berbijik2 cawangan dah seluruh Kelantan) la ape la kedai2 makan yang nama kelakar2 nih hihi.. Pastu kalau kat sini kedai buku Popular ngan MPH tu tak laku tau. Kat sini Syarikat Muda Osman (SMO) dengan Pustaka Seri Intan (PSI) yang gelemer seluruh negeri haha. OK off topic

So kawan2, dah tau kan rahsia nak berniaga kat Kelantan ni? Walaupun gambar ni kat Kota Bharu je tapi sama la tu tempat2 lain pon :P



ps: gambar diambil randomly dari google images. credit to photographers :D

Wednesday, August 25, 2010

Perasan tak?


"Dulu ma seronok nak ajar budak2 Darjah 1, semua berjurus. Sekarang ni belum masuk kelas dah pening kepala. Sorang2 perangai pelik2. Tak dengar kata!" - Ma


Perasan tak, dulu2 anda rajin sembahyang, sekarang ni liat gile.

Dulu2, mak ayah cakap ape2 pun, rasa macam perintah yang kena berkuatkuasa masa tu jugak, sekarang boleh buat2 lengah2 sampai la lupa terus.

Dulu2, masa budak2 pergi mengaji dengan tok guru sampai terer gile, sekarang bukak Quran pun macam malas2 sikit

Dulu masa kecik2, selalu kena rotan dengan ayah kalau nakal, tapi adik2 kita takde pun kena macam tu. Dah la tak kena rotan, siap melawan lagi kalau ayah tegur.


Perasan tak benda macam ni boleh jadi disebabkan pemakanan kita? Perasan tak kes2 makanan di pasaran yang dah kita tak pasti halal haramnya? Perasan tak berapa guni dah makanan haram yang kita dah telan menjadi daging? Makan makanan haram, walaupun kita tak tahu, memang tak dosa, tapi still perut jadi gelap.

Jadi kawan2, marilah kita rajin2 periksa dekat laman web JAKIM akan status2 terkini benda2 halal haram ni. Tak semestinya makanan, produk kecantikan pun sama ok!

"Mencari yang halal itu adalah fardhu bagi umat Islam"

Tuesday, August 24, 2010

Haih la Negara Seberang Ni

Ni bukan post flaming ok. Nak bagitau fakta je.

Jiran negara seberang saya ni emo lah. Benda takde pape pon nak kecoh. Bulan pose ni bukan nak insaf beribadat ke, sibuk nak tunjuk perasaan pulak. Kita tengok ye perbezaan kami dengan mereka

1. Kes model dia kawen putera raja kami. Bising gile sampai tak larat nak kesah dah. Macam2 kutuk kat kitorang. Tapi ada kitorang bising camtu pasal kes rakyat kami kawen orang2 Lombok.?Kami wat balik je, abis cerita. Ada kami nak ganyang mereka? Tade langsung. Tak hingin pun ok.

ps: kes personaliti tv kami kawen raja negara jiran lain. Ada kami bising pasal mereka? Itu hal mereka kot, xperlu nak kecoh2. (nampak tak sikap kami dalam hal2 macam ni?)

2. Kes TUJUH nelayan kami kami kena tangkap, sebagai balasan TIGA penguatkuasa mereka kena tangkap jugak. Nampak tak bilangan tu dah beza? Kalau hukum Qisas pun tak lengkap lagi tau? Apa mereka buat? Sekat jalan kedutaan, baling najis...

Ada kami buat macam tu kat kedutaan mereka?

3. Jadi ape2 je, nak usir rakyat Malaysia balik. Ada kami usir orang mereka yang dah bercicit ciak kat sini?

4. Tapi yang peliknya, bila jadi bencana kat mereka, kami lah orang mula2 nak hulur bantuan. Hmmm buat jahat dibalas baik. Kalau tak malu ngan perangai diri sendiri lagi tu tak tahulah.


Saya rasa mereka ada banyak masa lapang kut. Kami kat sini banyak lagi kerja lain nak buat dari duk kecoh2 camtu.

ps: kat tempat belajar saya, saya kawan je dengan pelajar2 dari negara itu, takde pun nak boikot2 ke apa. yang saya tak suka ialah, orang TAK EDUCATED sana yang tak habis2 nak merosakkan mood aman damai saya nih. SIGH



Monday, August 23, 2010

Kemaksiatan di Bazar Ramadhan

1. Aurat lelaki perempuan tidak dijaga, peniaga mahupun pembeli.

2. Solat tidak dijaga; peniaga sibuk berniaga, bukak gerai dari zohor hampir ke maghrib. Solat Asar entah ke mana

3. Membazir dalam pembelian juadah berbuka; pembeli yang beli macam 30 orang nak makan, padahal nak makan sorang je.

4. Sekolah dan pelajaran anak2 terabai; contoh: peniaga bazar menyuruh anak2 membantu menyediakan juadah di waktu pagi, dan tolong2 menjual di waktu petang.

5. Peniaga tidak berhati2 menyediakan makanan. Makanan kotor lah, ada lalat lah, rambut lah. Memang perkara biasa bagi diorang kot, tapi skrg awak nak bagi makan kat orang yang puasa. Sendiri mau pikir la.

6. Peniaga goreng balik makanan yang tak habis semalam. Ada yang basi dah pun. GELI! Yang ni paling geram sekali!


ps: tak semua macam ni. ada segelintir aje :)


Sunday, August 22, 2010

Bila terjaga di tengah malam

Kawan2 mesti pernah tetido awal pastuh terjaga tengah malam kan? Tipu la kalau tak pernah! Bila terjaga tengah malam/ awal pagi tuh, ape yang kita nak buat? Jawab!!! Jawab!!!

1.Mula2, bukak lampu. Sebab biasanya kat umah terjaga sebab abah tutup lampu. Apela abah, da tau anak dia takut gelap, p tutup lampu plak. Kan dah terjaga pastu nak membebel siap. Grrrrrr

2.Pastuh, usha facebook, blog, utusan, ape2lah, sambil pasang muvi konon2 wat background ada bunyi bising2 sket.

3.Dah bosan, pegi dapur wat air susu. Sambil2 tuh bukak peti ais, amek mana2 yg berkenan pastu kunyah2 smpai gemok.

4.Dah kenyang, masuk bilik update blog.


Sekian terima kasih :D



Friday, August 20, 2010

Kisah Guru Besar

Pagi-pagi buta ni tetibe ada mood nak menaip pulak. Ni cerita yang banyak hari dah bermain-main dalam kepala saya hasil perbualan dengan mak tempoh hari.

Tersebut lah kisah kat sebuah Sekolah A, ada seorang guru besar dilantik. Sebelum ni guru besar lain, cara pentadbiran pun lain la. Bila datang guru besar baru ni (atas pilihan ibu bapa sekalian), budak2 dengan cikgu2 payah sikit nak terima cara dan konsep "Belajar dan Beramal" dia., berbanding guru besar lama yang western style sket. Contohnya cikgu2 dengan murid2 kena sembahyang jemaah zohor sebelum balik dari sekolah. Cikgu2 lelaki pulak kena gilir2 jadi imam, tu yang diorang xtahan tu. Budak2 (sekolah asrama), tiap2 waktu kena sembahyang jemaah. Lepas subuh baca yaasin ramai, lepas maghrib ada kuliah. Cikgu perempuan kena pakai sopan2 dan wajib bertudung.

Mula2 tu susah la sikit bagi guru besar ni nak mendidik orang2 bawahan dia. Ada jugak la yang melawan la, ape la sekalian kan. Pastuh si bekas guru besar ni sibuk2 nak jawatan dia balik, so dia nak api-apikan guru besar ngan guru2, ibu bapa ngan murid sekalian. Macam2 diorang buat, tapi sebab ibu bapa sangat menyokong pendekatan guru besar baru tersebut, maka rancangan2 jahat si bekas guru besar dan konco2nya (yang terdiri dari guru dan murid) pun tewas. Lepas tu makin ramai pulak guru2 dan murid2 yang dapat menerima guru besar baru ni...sampailah sekarang, sekolah A dah jadi sebuah sekolah yang cemerlang dunia akhirat...

Tammat kisah satu.

Kisah dua pulak terjadi begini. Di sebuah sekolah lain, para ibu bapa mahukan macam yang guru besar ni buat. Tak alim sangat pun tak ape, tapi tak mahulah gaya western yang merosakkan anak2 mereka kan. So ibu bapa pun meng'vote' seorang guru besar baru ke Sekolah B ini. Maka guru besar baru ni mencubalah sedaya upaya nak ubah dasar sekolah dan mentadbir secara jujur. Tak macam zaman bekas guru besar Sekolah B di mana banyak sangat benda yang tak elok berlaku. Contohnya bila cikgu2 pergi kursus, claimnya 2-3 kali ganda berlebihan dari sepatutnya. Cikgu2 pakai tak senonoh la.. Pelajar2 berkelakuan kurang sopan seperti melawan cikgu, vandalisme, bermaksiat lelaki perempuan dan sebagainya.

Guru besar baru ni cuba la setakat yang mampu untuk mengubah trend tersebut. Dasar yang mula2 diperkenalkan ialah fokus pada mendidik pelajar2 menjadi orang berguna. Yang pasal claim2 contohnya, diteliti betul2 untuk mengelakkan ketidakjujuran. Pastu mula lah nak nampak kemajuan pada Sekolah B ini. Tapi tak lama, sebab sama macam Sekolah A, guru besar lama nak balik jawatan dia. Dia tak puas hati kena letak jawatan sebab ibu bapa tak sokong dia. Dari awal guru besar baru naik, dia asek cari pasal je... Itu salah, ini salah.. Tak bagi ruang langsung kat guru besar baru ni mentadbir dengan aman.

Lagi satu, bekas guru besar ni pandai. Dia ada pengikut2 setia dalam sekolah B ini, terdiri dari pelajar dan guru. So konco2 bekas guru besar ni pandai la menbuat pasal dalam sekolah, supaya dapat nama buruk kat guru besar baru. Contohnya, bila guru2 buat taik, student complain dekat ibu bapa. So ibu bapa pun mesti la nak blame guru besar sebagai ketua kan..Ibu bapa ni pulak, takdelah sekuat ibu bapa kat sekolah A tu, yang macam2 mana pun, sokong jugak guru besar baru sekolah A. Sanggup bersusah-payah bersama sampai la mencapai kejayaan. Ibu bapa sekolah B ni goyah jugak sikit2 bila timbul cerita2 kurang enak pasal pentadbiran guru besar baru tersebut.

So guru besar baru ini pun dah pening kepala.. Dia nak mentadbir secara jujur, tapi ada orang2 bawahan dia yang buat kacau pulak. Takkan dia nak pecat semua konco2 bekas guru besar kot. Tak elok la macam tu.. So dia mengharapkan para ibubapa bersabar macam ibubapa sekolah A yang menunggu bertahun2 baru nampak hasil. Guru besar sekolah B yang baru menyeru sangat pelajar dan guru2 supaya tak buat pasal lagi, sebab "Sekolah B ini sekolah kita juga. Angpa buat pasai, angpa jugak yang rugi."

So, ibu bapa, guru, dan pelajar sekolah B, kami semua dari sekolah A doakan agar hangpa dapat bersabar, kerana tidak lama lagi, pasti sekolah B beroleh kejayaan juga. Kami kat sekolah A ni dolu2 lagi teruk tau kena. Takde duit la, bangunan dirosakkan konco2 bekas guru besar la. Tapi guru besar baru sekolah A ni pandai, dia tanam2 sayur2 kat sekolah, pastu jual. Dapat la fund sikit untuk Sekolah A. Pastu ada guru2 yang rajin buat biskut la.. ape la..semua nak tolong supaya Sekolah A maju. Tengok sekarang Sekolah A dah boleh berbahagia tanpa perlu risau dengan konco2 bekas guru besar, sebab diorang dah takde peluang nak rampas balik sekolah kitorang. Alhamdulillan...

Sabar ye ibu bapa, guru ngan pelajar Sekolah B. All the best!!!


ps: takde kaitan dengan orang hidup dan mati :P