Friday, July 30, 2010

Cute Stuffs

2-3 hari lepas pegi pusing2 window shopping, lepas tu lalu kawasan kiut kiut. Ala area yang ada jual benda hiasan comel2... typical for little girls tuu... benda2 yang pink2 semua kan...

Pastu masa tengah belek2 cute stuffs tu, saya terkeluarkan ayat, "Kalau sy ada anak perempuan nanti, abesla jadi manje nih"

"Erk, jangan lah!"

Dia tak bagi..

:(

..... pastu tibe2 mcm nak gadoh kat situ pasal boleh ke tak manjekan budak perempuan tu..

hihi macam2 kan?



ps: yayy malam ni balik kampong~~~

Wednesday, July 28, 2010

Co-Supervisor



As far as I remembered, I appointed only 1 supervisor for my research when I submitted the letter of appointment to the Postgraduate Office. I didn't have any co-supervisor, or field supervisor for that matter, even though during the symposium, my examiners did mention that I should get a co-sv, you know, to help with stuffs..

Only a couple of days ago I got to know that I, indeed, have one more person to supervise my research. He, who will also be known as my co-sv, had requested for my Gantt Chart, so that he can check it and give comments.. So I did. I submitted my Gantt Chart (you can see in my previous post), and he asked me to modify it according to his schedule...because he wanted to participate in my research too. What a nice co-sv :D


So I edited my chart and submitted another one which clearly satisfied him that he could say no more words except for ha ha ha

This one is the latest Gantt Chart :D






Hihi saye sayang co-sv saye *^_^*



update: he asked for daily work schedule pulak ~_~



Monday, July 26, 2010

Sambung Belajar ke Sambung Berjalan?


Saya sambung masters ok. Alasan saye, belajar itu bes. Bole ponteng2, xde kena bayar cukai semua, bole pow kawan2 yang da keje... Korang yang keje leh wat camtu ke? WAHAHA (gelak evil)

OK la.. nih nak cerita. Sori la kawan2, saya memang suka bercerita. Kawan2 panggil saya ni penglipur lara. Baru2 ni saya telah selesai buat presentation symposium saya yang pertama, yang bermaksud saya telah tamat satu semester masters degree saya ni. Maka saya pun ingin mereview la ape yang telah saya lakukan sepanjang 6 bulan ni.

Nak saya tunjuk Gantt Chart ke rakan2? Nah amek2


sile usha Gantt Chart of my research methodology yang dah disimplifykan sehabis mungkin untuk tontonan adik2 :P

So kirenye saya dah ikut jadual lah kan. Back kata supervisor saya, on track la hihihi..

Tapi, selain mereview research yang tak seberapa itu, saya juge ingin mereview kegiatan sosial saya sepanjang semester ini. Maka saya menggodek2 folder gambar dan telah terjumpa satu fakta yang amat (tidak) memeranjatkan! Saya banyak berjalan!!!!!!! (jeng!jeng!jeng!!!!ala2 dalam cite p.ramlu)

January:Cameron





February:Ulu Kenas, Kuala Kangsar





March:Teluk Senangin, Lumut



April: Air Terjun Salu, Kampar


(tettt boleh letak satu gamba je :p)

May:Penang


(tettt satu gamba je jugak.ni kat taman botani)

June: Cameron Highlands, Penang




(maaf gamba nih je yg mampu sy letak utk penang :D)

July:yang paling xleh blah. Miri+Brunei






Kesimpulannye... Oh bes betul sambung belajar. bakar! bakar! haha



Sunday, July 25, 2010

Mamai

Pagi tadi kan, saya tiba2 dapat sms dari oTL=3 Teng berbunyi lebih kurang begini:

"tq byk2 bgtau jalan smlm.sori kaco tido ko"

Serius saya tidur agak awal semalam, dan tak ingat langsung pulak ada jawab call bagi direction semua.

Saya agar blur, terus type mcm ni, "haha silap anta msg!boo!!!" tetapi sblm tekan butang send, saya terpikir nak cek received call dulu. Tengok2 ade pulak call dari dia kul 2.40am, dan no lain yang tak dikenali pada pukul 7.30am. Apekah?

Tak kesah la kan.. Dia dah cakap tq, maknenye direction yang saya bagi tu betul lah kan? Tapi yang no satu lagi tu saya xtau la ape yang saya jawab. 36 second gak dia call. Hi Hi Hi


gamba amek kat entah blog sape2 haha


Friday, July 23, 2010

Tuntutlah Ilmu



Maksudnye tuntutlah ilmu walau sehingga ke liang lahad. Maksud tersirat pun macam tu. Jangan malas2 nak belajar. Dah habis sekolah tu, pergila kursus masakan ke, kursus memandu bot laju ke... kursus kahwen ke.. (ooppss)

Ha yang saya nak cerita ni bukan pasal tuh. Tapi pasal ada sorang minah nih. Sebelum ni dia tak sedar diri, tapi sekarang baru lah tersedar agaknye. Tu pun sebab ada sorang kawan nih bagitau dia.

Minah ni kan macam ni tau. Orang masuk Darjah Satu masa umur 7 tahun,.... Dia? Umur 6 tahun dah masuk tumpang kelas orang. Mentang2 anak cikgu kan. Lepas tu taun depannye tu, darjah satu lagi. Ape lagi, benda2 dia dah belajar kan, tiba2 jadi terer la kan. Masa tu dia ingat lagi dia selalu lawan dengan Tiara Zubaedah tuh. Gilir2 no 1 dengan 2.

Dajah 1, dajah 1, dajah 2, dajah 3, dajah 4, dajah 5, dajah 6.... Lepas tu minah tuh masuk sekolah menengah pulak...

Peralihan Bahasa Arab (1/2 tahun), Form 1(1/2 tahun - haaa yang nih nak cite. gile lah form 1 stgah tahun. byk gile nak kejar. dah la tahun tu baru start komsas la pulak kan. sastera melayu sastera english.sastera arab lagiiii...ok sambung!), Form 2, Form 3, Form 4, Form 5.... tammat sekolah menengah....

Minah tuh kan, dia abis SPM 2 Disember 2004. Lepas tu dia terus masuk sekolah memandu pulak. Haih sekolah lagi.. Cukup sebulan, dia dapat surat panggilan UTP pulak kan. Masuk 15 Januari 2005. Masa tu sempat2 dapat lesen L je.. (ok i slow..malas nak pegi kelas memandu hari2 :D)

Lepas tu minah tuh masuk la Foundation Programme kat UTP plak kan.. Foundation, 1st year, 2nd year, 3rd year (+internship), Final year.. lepas tu minah tu habis la degree programme in Civil Engineering dia kat UTP pada Disember 2009....

Tiba-tiba kan, minah tuh kan.. Dia sambung belajar Masters Degree pulak kat UTP tuh. Start 20 Januari 2010 sampai 2011 InsyaAllah....

Tak sedar diri kan minah tuh? Hahaha


Tuesday, July 20, 2010

Busuk



Orang selalu panggil saya busuk. Dari dulu lagi saya tak faham kenapa.. Badan saya bau busuk ke? Ke perangai saya ni busuk2 sikit? Serius saya hairan, sampai satu tahap saya pernah gi tanya Rumi si Blindheart kalau tak silap masa saya junior2 undergrad dulu.

"Aku busuk betul ke weh?"

Lepas tu Rumi cam kesian kat saya, dia pun kata tak lah. Saje je suka-suka nak panggil busuk. So saya pun membuat kesimpulan orang-orang yang panggil saya busuk tu rasa seronok bila tengok reaction saya dengan panggilan diorang...sebab biasanya, bila seseorang cakap "Melor busuk!",

saya mesti nak melawan, "Manade...wangee arrr!!!"

Pastu, "Busuk!"

"Wangi!!!Ko la busuk!"

Dan seterusnya tak habis2 nak gadoh sampai semua pun penat.

Lama kemudian, saya telah mendapat satu penyelesaian kepada pergaduhan yang memenatkan ini...iaitu bila ada je keluar macam ini:

"Hey busuk!"

Saya pun menjawab, "Hey wangi~"

Atau "Key busuk!"

- "&nick wangi~"

oopss terpakai skrip mirc pulak. maksudnye saya akan membalas dengan menyatakan orang itu wangi. Lepas tu mereka-mereka pun akan agak tergamam sampai tak tahu nak balas ape dah. Last-last mereka pun diam.

Yessss!!!!! Tak busuk dah! He He He



bunga melor sangat wangi kan :D

Monday, July 19, 2010

Kontrak ke Permanent?

Permanent ok? taknak kontrak2...

Semoga berkekalan...amin.... :)



(gamba lopak air yang romantik)


Thursday, July 15, 2010

Kejamnya Dunia



Teringat zaman Foundation tahun 2005 dulu, ketika diri ini masih innocent (hihi). Tersebutlah kisah saya telah keluar ke Kinta City Ipoh, or kitorang panggil JJ (Jaya Jusco) je..Semasa sembahyang Zohor kat surau, (dulu surau kat area tandas dekat food court tuh) purse saya telah kena curi..

Masa tu seingat saya, saya bawak handbag. Kat zip dalam ada purse dan thumbdrive (dulu ada thumbdrive rasa glemer gile, padahal laptop pun xde lagi hihi). Kat zip luar ada handphone. Saya sumpah masa sembahyang rasa rasa ada orang amek beg duit saya, tapi sebab tengah sembahyang kan, saya abaikan je. Masa tu cam bodoh2 bangang sket, saya letak handbag tu kat tepi belah belakang saya, bukan kat depan, sebab rasa cam surau kot... Ada orang nak mencuri kat surau ke? Haih...inesennye aku..

Lepas sembahyang je saya terus tengok handbag. Terbukak! Tengok2 purse dah xde. Tapi thumbdrive (penting ke?) ngan handphone ada. Masa tu rasa sedih gila sebab purse tu cantik.. Kaler kelabu muda pastu ada love2 kecik kaler pink. Baru je beli wuwuwu... Duit xde banyak pun rasanya. Saya tak pernah kira duit yang saya ada, ingat2 camtu je. Kalo RM50 saya ingat la ada berapa keping, kalau RM10 ingat2 lupe... Kalau RM5 ke RM1 ke saya x layan (haha berlagak kan?) So seingat saya la masa tu saya ada RM50 sekeping, and beberapa keping Rm10. Yang lain tu xtau lah :D

Pastu sedih gile saya pergi menangis kat tepi eskalator depan Wattson tu.. Sobs..Sobs...

Pastu saya ngan kawan saya nih pegi la nak buat report kat pondok polis kat luar JJ tuh. Polis tuh kan, dia suruh saya wat report kehilangan, sebab katanya, "Kalau adik wat report kena curi, nanti lama tau. Makan masa dekat sehari. Skrg dah petang, bilanya adik boleh balik? So senang2 adik wat la report terjatuh kat dalam shopping mall".

Masa tu saya kan kecik lagi, ikut je kata pakcik polis tuh. Wat la report beg duit terjatuh kat shopping mall.

Pastu barulah saya tahu betapa kejamnya dunia.. Sebab.. dah la beg duit saya hilang, pastu kena bebel ngan abah, pastu bila saya nak g buat IC, lesen, ATM cards, kad metrik,.... saya kena bayar!!! APEKAH????

IC = RM30, tapi sebab saya suh betulkan alamat, jadi RM50, tapi tengok2 makcik tuh tak betulkan alamat saya. Sia2 bayar extra RM20. GRRRRR!!!!

Lesen = tak ingat

ATM card = RM8 ke RM10 tak ingat dah. Saya buat atm BCB bank je (dulu BCB ok!!), yang bank lain x larat, xde duit dowh!

Kad metrik = err berapa ek? RM30 kot

So masa report, saya tulis dalam purse tu ada kira2 RM80 ringgit, tapi kerugian sebenar saya ialah berganda2. Ape ke zalimnya orang yang teraniaya beg kena curi macam saya nih kena pulak bayar gantirugi untuk semua2 kad yang hilang tuh. GRRR geram gile

Lepas tu, selama 5 tahun saya mengganggap dunia nih kejam, sampailah baru-baru ini ada pencuri masuk rumah curi handbag mak saya. Mak pun pergilah buat report kecurian, then bila mak pergi buat semua kad2 yang hilang tuh, FREE jer!!!! APEKAH????

SAYA TAK FAHAM!!!!

Maka saya yang telah tak berapa inesen nih pun buat kesimpulan, kalau report kecurian, nak buat lesen dan IC dan atm card baru free je, asalkan tunjuk report. Lepas tu tiba2 rasa bengang kat pakcik polis 5 tahun lepas. Ade ke dia suh aku wat report jatuh so senang sket keje dia? AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRR sedih2

Masa tu, bapak masukkan duit pun saya xleh amek sebab xde atm card. Last2 seminggu tu kawan tu yang bagi duit belanja makan semua.. Hihi

OK kawan tu senanye ex saya :P




Symposium



What is a symposium? Well I've never heard of it until last year when I made friends with some Postgraduate students. Turned out the 'symposium' is like when you do 'oral presentation' for your 'Final Year Project', in this case, your Postgraduate research.

Symposium in UTP is held bianually (every end of semester, or actually, the beginning of the next semester), and NOW is the 11th Symposium. Some of the PG students have actually presented, some will today, and for Civil Engineering Department, it's gonna be next week! 19th - 23rd of July

My supervisor is going to be busy next week, so he scheduled my presentation (and his other students) to be the earliest. Thank God it's not Monday morning, because this weekend I'm gonna be away, AGAIN, to my ex-housemate's wedding. HIHI

I had a facebook chat with my youngest sister the other day. She asked when will I be coming home, and then I answered "after my symposium". She ended up telling my family about this symposium which Fatin quoted as being 'funnily said'.

"siposium!siposium!" They don't understand a word Syakirah is talking about. Haha!



Friday, July 9, 2010

Jalan-Jalan di Brunei

Pemerhatian:-


1. Bahu jalan yang kecil, yakni tidak selebar jalan-jalan biasa di tempat kita
2. Tiada highway kecuali di Bandar Seri Begawan dan berhampirannya
3. Tiada tol kecuali di sempadan. Sempadan Miri-Belait = BND3.00
4. Setiap simpang dinamakan Simpang 1 - Simpang beribu2. Tiada Poskod
5. Tulisan disertai tulisan Jawi (macam kat Kelantan)
6. Sign board lain dari kat Malaysia, tak reti nak explain. Contoh: "Kenderaan Berpusing di hadapan" Mati2 saya ingat jalan licin sampai boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Rupe-rupenye "Kenderaan U-Turn di hadapan."
7. Sangat mementingkan penggunaan Bahasa Melayu. (Sebab ada sign board tulis camtu hihi)
8. Poster2 di tepi jalan hanya ada gambar Sultan mereka, tiada gambar artis2 iklan macam kat tempat kitani
9. Berita radio Pelangi.fm sangat kelakar sebab rasa macam pembaca berita tu tengah bercerita. Diorang pasang lagu artis Malaysia ngan Mat Saleh je. Rasanya diorang takde artis sendiri kot
10. Rumah2 diorang sangat besar dan ada banyak kereta untuk satu rumah. Maybe satu family besar duduk bersama-sama
11. Bangunan tinggi-tinggi hanya ada di Bandar Seri Begawan (BSB) tapi tu pun tak banyak
12. Coklat kat sana murah2. Aisyah kata perfume pun :D
13. Minyak 53 sen je seliter. Tuka duit kita macam RM1.20+ gitu. Bes kan. Tapi tak boleh isi dekat Belait sebab dah sempadan sangat.
14. Orang2 kat sana selamber je pakai coverall gi mana2, macam orang2 kat Miri jugak. Semua orang2 minyak neh
15. Plet kete diorang ada B ngan K je. contoh BAB### dan KV##. Aisyah kata B tu bandar dan K tu kampung. Kurang asam punye budak.


ape lagi ek??hmmmm....


Kesimpulan: Saya sangat suke Brunei, rasa macam balik Kelantan. Sangat aman dan tenang.





Bukti kami cinta Brunei. hihi~

Thursday, July 1, 2010

Mimpi

Dua tiga malam yang lepas, saya mengalami satu mimpi yang sangat aneh. Sangat sangat sangat sangatlah aneh, sampaikan sehari kemudian pun saya masih memikirkan keanehan mimpi itu.

Dalam mimpi tersebut, saya sedang menaiki moto (macam skuter) merentasi jambatan di atas sebatang sungai.


naik moto slow2 macam ni kot?


Sedang saya bawak slow-slow tu, ada lah seekor kerbau cucuk-cucuk saya dari belakang, sebab dia nak potong saya. Saya pun macam bengang lah kan, sebab bukan saya sengaja pun nak slow, dah depan saya tu slow saya follow je lah.

Akan tetapi memandangkan kerbau tu 3 kali ganda lagi besar dari moto saya, maka saya pun beri laluan kat dia. Masa dia tengah syok potong saya, ada pulak lori datang dari arah depan. Disebabkan lori tersebut 4 kali ganda lagi besar dari kerbau itu, maka si kerbau pun terkopoh-kopoh nak masuk lane kiri balik.

Masa tu si kerbau duk depan saya, baru la dia tau betapa slownye makhluk kat depan saya tadi, iaitu seekor kambing. Kerbau cucuk-cucuk kambing tapi dah kambing tu slow nak buat camne. Kerbau pun bengang, dia tanduk kambing masuk dalam sungai...



gamba takde kena mengena yang diambil dari internet



Lepas tu saya pun terjaga......






Semalam saya pergi tengok movie Knight and Day dengan rumet saya. Tengok-tengok ada scene watak utama lumba dengan kerbau...naik moto!!!



macam nih


Kannn?? Kannnnnn??


Diorang amek idea dari mimpi saya kannnnnnnn???







-ok i seriously need to get back to my proposal to MOHE stuffs-