Tuesday, July 20, 2010

Busuk



Orang selalu panggil saya busuk. Dari dulu lagi saya tak faham kenapa.. Badan saya bau busuk ke? Ke perangai saya ni busuk2 sikit? Serius saya hairan, sampai satu tahap saya pernah gi tanya Rumi si Blindheart kalau tak silap masa saya junior2 undergrad dulu.

"Aku busuk betul ke weh?"

Lepas tu Rumi cam kesian kat saya, dia pun kata tak lah. Saje je suka-suka nak panggil busuk. So saya pun membuat kesimpulan orang-orang yang panggil saya busuk tu rasa seronok bila tengok reaction saya dengan panggilan diorang...sebab biasanya, bila seseorang cakap "Melor busuk!",

saya mesti nak melawan, "Manade...wangee arrr!!!"

Pastu, "Busuk!"

"Wangi!!!Ko la busuk!"

Dan seterusnya tak habis2 nak gadoh sampai semua pun penat.

Lama kemudian, saya telah mendapat satu penyelesaian kepada pergaduhan yang memenatkan ini...iaitu bila ada je keluar macam ini:

"Hey busuk!"

Saya pun menjawab, "Hey wangi~"

Atau "Key busuk!"

- "&nick wangi~"

oopss terpakai skrip mirc pulak. maksudnye saya akan membalas dengan menyatakan orang itu wangi. Lepas tu mereka-mereka pun akan agak tergamam sampai tak tahu nak balas ape dah. Last-last mereka pun diam.

Yessss!!!!! Tak busuk dah! He He He



bunga melor sangat wangi kan :D

4 comments:

Faiz Rev said...

melor wangi laaa

apedaa mereka2 ni

lolita said...

kannnnnn

melor memang wangi :D

limauais said...

guano ore pggil busuk?xpehe ambo.sajo nk ngenak tuh.hahaha.

lolita said...

xtahu lah.xingat dh sapo huk mula2 start tu.huhu kenat sungguh :(