Friday, July 9, 2010

Jalan-Jalan di Brunei

Pemerhatian:-


1. Bahu jalan yang kecil, yakni tidak selebar jalan-jalan biasa di tempat kita
2. Tiada highway kecuali di Bandar Seri Begawan dan berhampirannya
3. Tiada tol kecuali di sempadan. Sempadan Miri-Belait = BND3.00
4. Setiap simpang dinamakan Simpang 1 - Simpang beribu2. Tiada Poskod
5. Tulisan disertai tulisan Jawi (macam kat Kelantan)
6. Sign board lain dari kat Malaysia, tak reti nak explain. Contoh: "Kenderaan Berpusing di hadapan" Mati2 saya ingat jalan licin sampai boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Rupe-rupenye "Kenderaan U-Turn di hadapan."
7. Sangat mementingkan penggunaan Bahasa Melayu. (Sebab ada sign board tulis camtu hihi)
8. Poster2 di tepi jalan hanya ada gambar Sultan mereka, tiada gambar artis2 iklan macam kat tempat kitani
9. Berita radio Pelangi.fm sangat kelakar sebab rasa macam pembaca berita tu tengah bercerita. Diorang pasang lagu artis Malaysia ngan Mat Saleh je. Rasanya diorang takde artis sendiri kot
10. Rumah2 diorang sangat besar dan ada banyak kereta untuk satu rumah. Maybe satu family besar duduk bersama-sama
11. Bangunan tinggi-tinggi hanya ada di Bandar Seri Begawan (BSB) tapi tu pun tak banyak
12. Coklat kat sana murah2. Aisyah kata perfume pun :D
13. Minyak 53 sen je seliter. Tuka duit kita macam RM1.20+ gitu. Bes kan. Tapi tak boleh isi dekat Belait sebab dah sempadan sangat.
14. Orang2 kat sana selamber je pakai coverall gi mana2, macam orang2 kat Miri jugak. Semua orang2 minyak neh
15. Plet kete diorang ada B ngan K je. contoh BAB### dan KV##. Aisyah kata B tu bandar dan K tu kampung. Kurang asam punye budak.


ape lagi ek??hmmmm....


Kesimpulan: Saya sangat suke Brunei, rasa macam balik Kelantan. Sangat aman dan tenang.





Bukti kami cinta Brunei. hihi~

6 comments:

klise said...

nak tshirt gak

lolita said...

haha lmbt sgt pesan :p

hana_shoyru said...

haha gile byk la ko observe..mebe sbb ak byk tido kot..wahahhaha
yg psal uturn tu xpasan lak
p/s:coklat die cm lemau sket r

lolita said...

haha ko observe kat miri jee...smpai da hapal jalan sume.

coklat aku xlemau pun.tgh makan hershey's :P

Bling Bling butik said...

salam...

sy pun plan nk g brunei this oct.. tercarik2 info kat net.. tapi cam x byk jer tmpt menarik...

I need more info

TQVM

lolita said...

salam, saya pun ikut kawan je sebab dia kerja kat sana.

kalau yang menarik sket naik bot kat kampung ayer la.ada pakej yang berjam2 n ada yang tak pakej, pusing2 je.

lepas tu ada masjid2 yang cantik, boleh la melawat. yang lain2 tu xtau la, biasa je macam kat tempat kita jugak :)