Friday, December 31, 2010

It's already the end of 2010!!

It's already the end of 2010!! Wahhh bertambah tua la saye T__T.. huhu...

OK la since ramai kawan-kawan dah buat wrap up of 2010, saya pun nak tiru lah (apejadah?) hahahaha.. Best per sama-sama memeriahkan majlis hehehe

Back to topic. What have I done in 2010? What have I achieved?

Family

Earlier this year, I didn't have any allowance after my graduation. Jadinya, banyak menyusahkan parents. Mereka la yang menanggung saya semasa awal pengajian masters, sehinggalah pada bulan April, saya mula menerima elaun GA (Graduate Assistantship Scheme). Lepas tu.. Alhamdulillah..saya dapat menghulur sedikit sebanyak untuk membalas jasa baik mereka terhadap saya (walaupun tak terbalas).

Studies

Awal tahun ini, saya telah mendaftar sebagai Postgraduate Student di utp, tapi di bawah TFA (Tuition Fees Assistanship) Scheme, yang bermaksud, yuran saya akan dicover, tapi tak dapat elaun bulanan. Mula-mula saya hesitate nak datang, siap nak tukar fikiran then pergi cari kerja. Tapi parents yakinkan yang mereka mampu tanggung pengajian saya, dan ini yang terbaik insyaAllah.. Lagipun abah tak berkenan sangat saya kerja Engineer masa internship dulu, (sebab pakai jeans gi site haha!) so dia pikir baik saya sambung study dan jadi lecturer.

Alhamdulillah, dengan pertolongan seniors, saya buat appeal untuk dapat GA Scheme, dan lepas beberapa bulan, berjaya. Terima kasih kepada supervisor saya, AP Dr Madzlan Napiah dan HOD, Dr Shark, kerana merekemen saya kepada PG Office. Lepas tu, saya makin bersemangat la nak buat research kan. Tak perlu pikir pasal duit dah.

Kalau mengikutkan
Gantt Chart, saya memang on track dalam research saya. Data collection dah siap, tinggal nak analyze, then produce result je. Lepas tu writing. InsyaAllah semua dapat disiapkan sem depan. Kalau tak pun, by end of next year la.

Satu lagi, mengikut perjanjiannya, saya kena attend conference sekali setahun. Baru2 ni saya dah pergi
MUTRFC, so dah setel la. Lepas ni saya akan publish paper je. Kalau rajin before graduation saya akan attend another conference, guna bajet taun depan punyer.

Satu je yang kurang pasal research saya, iaitu LOGBOOK! Saya malas giler tulis logbook (sebab kena tulis tangan T_T) So logbook saya sangat kosong (read:totally kosong) walaupun saya dah 2 sem buat masters wuwuwuwu... Camne2 pun saya kena buat jugak sebab elaun saya ni tahan setahun je. Meaning, April 2011, saya kena appeal elaun lagi. Masa tu la kena tunjuk logbook. BERUSAHA!!!!

Friends

The girlfriends and
cacatans will always be my 'bestest' friends, and to add more, I made new friends this year. Firstly, masa register tengok2 ada beberapa orang klasmet masa undergrad pun ada sama. So kami semua pun jadi housemates, and Asmahani (Semah) is my new roommate.

Bagaimanapun, I have to admit, it's not the same with cacatans.. Sebabnya kalau saya lapar tengah2 malam, diorang bukan nak teman pun. Masa ni la menyusahkan junior2 undergrad, pakse diorang teman. Huahuahua~ Biasanya ajak
Vanilla, Paih, Cupin n Mattoq. Budak2 lelaki wajib ada, sebab saya nak suh diorang isikan angin tayar. Malas gile nak kotorkan tangan ngan minyak2 itam tu hahahaha N1

Then masuk semester kedua, Semah dah takde sebab dia tukar ke UKM. So saya dapat rumet baru, Gee namanya. Seorang senior masa undergrad, tapi masuk postgrad sama ngan saya. Lepas Gee ada baru saya rapat ngan housemates sebenarnya. Sebabnya, bila diorang ajak Gee keluar, saya pun diajak sama. Kalau dulu, saya ada je plan lain, selalu tolak. Skrg ni saya join la jugak, so makin rapat la kot.

Love

Dekat dua tahun jugak saya menyingle. Lepas yang dulu tu saya fobia sket ngan relationship, so skendel2 je lah. I'm not sure what happened, or how he did it, tiba-tiba saya terjatuh cinta lagi. Mula-mula saya taknak mengaku, I keep on denying to myself, tapi lama-lama kantoi jugak. Cis!

I think we're stronger because of long distance. Kalau dekat2 maybe saya suka cari pasal and bergaduh-gaduh. Bila duk jauh ni, time jumpa tak sempat nak merajuk-rajuk sebab nak lepas rindu je. hehehe

So we've been together for almost a year now, and it is still a secret to some people. Saya hanya bagitau indentitinya pada family and close friends. Saja nak surprise sebab nanti dah kantoi ngan semua orang, mesti surprise punye ngeh ngeh ngeh

Others

Others ape ek? Oh saya dah bayar semua saman saya yeay! So tinggal hutang MARA je, which insyaAllah will be delayed for another year.

Saya dah mula melancong jauh-jauh. Memang hobi saya jalan-jalan, dan impian saya ialah backpack kat europe (sebab tu dulu pasang niat nak sambung masters kat area sana :D). Kalau kat Perak ni semua tempat saya dah pergi, dari utara sampai selatan. Sebut je, mesti saya tau (eleh belagak!) Taun ni saya mula melebarkan sayap ke belah Malaysia Timur dan Brunei. Pastu mula la plan nak gi lagi jauh, tapi tu tengok la dlu camne kan...

Oh ya! Saya dah tukar kereta. Another achievement la kot. Boleh la.. Alhamdulillah... Kete dulu dah bagi adik, then saya pun pow kete mak. Mak dah beli kete baru, so yang ni dapat kat saye lah kot. Walaupun bayar ansuran 2x ganda, tapi ok la.. Elaun pun bertambah. InsyaAllah saya mampu.



Lagi ape lagi? Tade dah kot... Sekian saje wrap up dari saya. Semoga tahun depan lebih baik dari taun ni, dan taun satu lagi lebih baik dari taun depan. Amin...






Tuesday, December 28, 2010

Saya Blogger Kelantan

Seronok pulak bila baca post Aaba pasal blogpilihan malaysia ada buat program kenegerian. Eh bukan. Sahabat ikut negeri. Kui kui kui

Memandangkan saya ni anak Kelantan sejati (ecewahh), teringin nak join jugak lah.

OK la jom kita mula!!! Jeng jeng jeng~~~


Nama

Nama saya banyakkk... Dulu ada wat post pasal nama je. Kalau nama panggilan Key (anak kunci) tapi paling gelemer orang panggil Melor. kui kui kui... Klasik giler!

Status

Ehem ehem... Saya bujang lagi... tapi baru-baru ini sudah pun berpunya.. Hehehehe minta-minta berkekalan ye. Amin...



Nampak tak? Nampak tak? AHAHAAHA sep gile gambar incik boifren


Cara hubungi

Err.. facebook.. saya tak approve kalau tak rapat sangat. YM? Lama dah tak bukak. Google Talk? Ah malas la. Kalau camtu, sila hubungi melalui lolitasz.blogspot.com kat komen box :D

Daerah/Jajahan

Kota Bharu Bandar Raya Islam

Tempat tinggal

Saya tinggal di Wakaf Che Yeh atau saya panggil Miss Yeh Hut je. Hehe :p

Apa yang menarik di tempat saya?

Yang gelemer di Wakaf Che Yeh ialah pasar malamnya yang bukak tiap-tiap malam. Ala-ala Gerbang Malam kat Perak dan uptown kat Shah Alam. Tapi sini barang murah gila kalau pandai tawar-menawar. Oh Heaven!!!


Okeh! Link ke blogpilihanmalaysia dah ade... Soalan semua dah jawab. Setel! Setakat ini je lah kot.

Sekian dari saya,

Blogger Kelantan Darul Naim



Peace yaw!!






Friday, December 24, 2010

Dr Shark

Sape student UTP tak kenal Dr Shark angkat tangan!!! Memang nak kena la kalau tak kenal. Gelemer kot! Walaupun beliau seorang lecturer Civil Engineering Department, beliau bergiat aktif dalam bidang teater. Tronoh Theater Shop (TTS) tu beliau la yang empunya. Pernah gak gi tengok show diorang beberapa kali, yang kat UTP la. Yang show kat luar payah sket. Hihi

Post kali ni ditujukan khas buat Dr Shark aka AP Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty. Kitorang panggil dia Dr Shark sebab dekat poster teater ada tulis Directed by DR SHARK. Lepas tu first time saya masuk kelasnye, yakni kelas Water and Wastewater Engineering, beliau introduce himself as Dr Shark pun. So lepas tu memang berani panggil Dr Shark depan-depan lah. Tapi saya notice the lecturers and staffs tak berani, so diorang panggil Dr Shamsul. Sebab ape? Haaa sebab beliau ialah HOD Civil Engineering Department (Head of Department).



Nah bukti

Nak bukti Dr Shark ni gelemer? Haaa ingat balik masa Convocation ke-10 UTP hari tu. Bila Dr Shark dipanggil ke depan untuk umumkan graduates from Civil Engineering je, semua orang bersorak. Bising giler! Hilang kejap keformalan majlis. Huahuahua



Civil Engineering Class of 2010.
Notice seseorang yang terlentang molek je kat tengah tu? That's Dr Shark!

Saya ingat masa mula2 masuk UTP, HOD untuk Civil Department ialah AP Ir Dr Mohd Fadhil Nuruddin. Sebelum tu ialah AP Ir Dr Ibrahim Kamaruddin (Dr IK), my other evaluator next week. Masuk 3rd year kalau tak silap, Dr Shark pulak yang ambil alih. Memang perkara biasa rupenye di utp. HOD kena selalu bertukar2..

Masa belajar ngan beliau, kelas is fun! Very the fun! Tapi beliau takkan membiarkan kitorang naik kepala, so walaupun dia sporting sangat, kitorang tetap takut kat dia. Kelas tak berani ponteng, pastu sanggup bawak buku text yang tebal gile tuh (sebab dia suruh), dan sabar jelah dengan asssignment yang melambak-lambak. huhuhu... Sem tu, kerja-kerja subjek beliau adalah 60% daripada semua kerja dari semua subjek. Just imagine ~_~

Satu lagi kegemaran Dr Shark (selain teater) ialah facebook. Rasanya tiap-tiap hari dia update status. Tak kira waktu, asek nampak online je kat chat tu. Baru-baru ni dia bising sebab dekat officenya, facebook kena block, walhal kat office kami si Postgraduate student, facebook bole layan je.. Pastu beliau kate, "Takkan la saya kena turun office kamu sebab nak main facebook??" lebih kurang. Hehehe punye la addicted. Sekarang xtau la kena block lagi ke tak. Aktif je kat fb tu.

Dulu saya ingat, pernah budak2 ni tulis kat status masing2, internet slow la internet **** dan ******* la.. Pastu Dr Shark nampak status2 tu, beliau terus call ITMS (department yang urus internet kitorang), buat komplen. Pastu dia update status cakap dia dah warning ITMS ape bagai. Cuak kot ITMS, HOD call camtu. Antara yang saya sempat printscreen:



Bergurau dengan pelajar TTS nya aka my classmate




Nak announce cuti?



My wall post for his birthday yesterday (cuti lagi? -__-")


OK Dah. Cukup. Upload banyak2 kang kantoi plak saya suka printscreen muhahaha (ye kawan-kawan~ I ada semua bukti~~~ HAHAHAHA *gelak evil*)

Untuk Dr Shark, terima kasih kerana memberikan kami pengalaman belajar yang sangat seronok. Nak tau, doc la antara sebab saya sambung belajar masters. Rasa macam insyaAllah..akan dipermudahkan. (Amin..).. Lepas ni walaupun doc da tak jadi HOD, jangan risau sebab students will always respect and remember you. Terima kasih!! Terima kasih!!!!!!


Reminder: post ni bukan nak membodek Dr Shark sebab nanti minggu depan dia akan evaluate Symposium presentation saya. Post ni saja-saja je nak tribute to the best HOD in the world! Siapa la dapat tandingi beliau kan. Lagipun dia tak tahu kewujudan blog ini OK. Jangan sape2 pegi paste link dekat dia, please...


ps: Semoga HOD baru dapat kekalkan ke'best'an civil engineering department. Yes I know sape bakal jadi HOD baru, tapi xleh announce sebab Encik Mior (admin department) kata rahsia lagi.. Hihi so tunggu je la formal announcement 1hb 1 2011 nanti.

ciao~


Wednesday, December 22, 2010

Stranded

Alhamdulillah.. lega..

Saya dah selesai membentangkan paper pertama saya di Malaysian Universities Transportation Research and Conference lebih kurang jam 5 petang semalam. Seronok betul paper saya masuk buku proceeding. Tak puas-puas saya belek-belek page yang ada nama saya tu muhahahahaha

Paling menarik, orang yang saya letak sebaga reference kat literature review ada kat conference tu, jadi one of the panels. Cuak lak nak sebut nama dia huahuahua

Dah la sesi bergambar duduk dekat ngan orang besar2. Laju gile bab2 bergambar.

Yang seronoknya, semalam lepas closing ceremony, saya dijemput oleh Dilla di UNITEN entrance, lepas tu kami pergi pula jemput Bayah di kolejnya. Lepas tu kami makan-makan sambil bersembang tak hengat. Lama jugak la duk bising2 kat kedai tu. Dah la cakap pasal medical stuffs, dalam dialek Kelantan pulak tu.



update: cupcakes percuma dari makcik kat masjid masa solat maghrib. yummie!!! :D


Lepas tu, kami terpaksa membabaikan diri, sebab Cik Dilla ada interview dengan NSF hari ni (all the best girl!). Dilla dan Bayah pun menghantar saya ke Ampang Point sebab Cik Paan akan jemput saya kat situ. Nasib baik dia free, so dia pun janji nak tidur kat hotel tempat saya menginap di Bangi malam tadi.

Lepas Paan dah sampai, Dilla dan Bayah pun cau cin cau, maka saya dan Paan pula bergerak nak balik ke Bangi balik. On the way singgah drive thru mekdi (dah jadi habit plak paan ni nak makan mekdi bila nampak muke aku ~_~). Sampai hotel, trus sembang-sembang bergossip panas yang mengancam sambil Paan main game facebook nye. Kesian dia, dia kata kat umah sewa dia kat Wangsa Maju dia tade internet. Main game kat opis je, tak pun time balik umah parents dia kat Shah Alam. Ish3... kesian...

Tak lama trus tertido sebab i dah tak larat hidung tersumbat n badan panas2 macam nak demam. Bangun awal gila, sebab masjid sebelah hotel je. Azan subuh terus terjaga. Paan la bangun paling awal sebab dia nak kena pergi opis kat Setapak. Dia takut jammed, skali takde pun. Dia sampai opis 7.15am. Gila lah, memang bos sayang. HAHA

Lepas Paan blah, saya dah Kak Mira pun slow2 bersiap. Kak Mira hantar saya ke KTM Serdang, pastu saya naik train ke KL Sentral sorang (wuwuwuw) sebab Kak Mira nak balik direct ke Terengganu. So sekarang ni saya kat KL Sentral, stranded sorang-sorang sebab terlambat 10 minit untuk shuttle train 9.25 pagi (mati2 aku ingat 9.45 grrrrrr). Next train ke Ipoh is 12.55 pm. GLHF la kan T________T

Lepas beli tiket train, tengok-tengok purse saya dah kering. Alahai, camne nak makan ni. Sedih..sedih... Duit dalam akaun pun dah tade. Korek2 purse, saya terjumpa duit brunei dollar yang lebih lepas saya gi jalan-jalan dulu. Apelagi, pergi tuka la! Haritu saya beli 2.35 ringgit, tiba2 rate dia dah naik. So saya dapat jual 2.36 per ringgit. Bes gile tiba2 jadi kaya balik. Terus gi kfc nak breakfast

Dah la wifi kfc selow gile, last2 i guna mircb punye je. Menyesal datang makan kat kepsi GRRRR


ARGHHH Stranded for 3 hours!!!!!


Sekian, nota dari seorang pengembara...


Sunday, December 19, 2010

Marauder's Map

Nak dijadikan cerita, saya ni kan suka teringin kat barang-barang dalam muvi. Contohnya dulu saya kecik2 saya tengok iklan aiskrim, mesti saya nak jugak. Tengok iklan coklat, nak coklat pulak. Bila dah besar perangai tu masih ada, cuma upgrade sket kot.. Tengok cite Mygirl, pergh!! heroin dia pakai baju cantik2. Sanggup gi kedai cari baju camtu gak. Huahuahua

Pastu taun lepas tengok Night at The Museum 2, teringin nak ada Mr. Einstein kecik2 joget2 dalam kereta. Macam-macam kan?

So ceritanya beginilah. Dah tengok heripoter 1 sampai 7, saya teringin nak ada satu benda je dalam banyak2 barang magic dia tuh.

Saya nak Marauder's Map!!!


Mooney Wormtail Padfoot & Prongs. I promise I'm up to no good!! (yeke?)
Sape baca novel dia baru faham camne map ni terhasil.


Map ni akan tunjuk kedudukan sape-sape dalam sekolah Hogwarts dalam bentuk tapak kaki. Comel kan? Kalau pakai satelit GPS ape jadah semua mana ada tunjuk tapak kaki gerak2. Bentuk bulat je kot. Takbes.. Cuba la reka yang cute-cute baru kami suke (kami merujuk kepada siapa2 sahaja LOL)

Siapa yang saya nak tengok dalam Map ni? Haaa mesti la... mula2 sekali Abah ngan Ma. Pastu diikuti family saya yang lain. Kirenye map yang saya (ok bagi nama Melor's Map) nak ni luas jugak kot. Ah entahlah malas nak pikir nak design camne. Yang penting kena ada semua family saya, pastu encik boipren (ceh stalker betul!), pastu beberapa orang kawan yang saya nak stalk., then orang2 yang saya kenal yang ada berdekatan ngan saya. HAHA!

Kepentingan ada Melor's Map ni adalah:

1. sebab kiut
2. untuk stalking
3. mengeratkan silaturrahim. Katakan saya tengah shopping, skali dalam map tunjuk ada member tengah shopping gak. Kan ke bole gi tegur then ajak shopping same2 hahaha
4. update gossip. contoh: wahh si A tengah deting ngan si S kat tut tut tut (dapat tau melalui map)
5. katakan saya tengah deting, then tiba2 map tunjuk abah on the way nak datang. Bole lari~~~ haha (ish3..terok3)

Ok itu je yang saya dapat fikirkan buat masa sekarang. Rupenye kegunaan map ni untuk benda2 tak elok banyak la. Ish3....

"Mischieve Managed!!!!"









Bayar Hutang Dunia

Baru-baru ni kan kecoh saman polis trafik dapat 50% discount. Hallamak memang la dia nak buat diskaun musim banyak pakai duit nih. Tapi tengok 50% memang tergulp jugak lah. 50%, bila lagi.. Nak tunggu 70% payah kot...

Nak dijadikan cerita, kereta kancil tu ada 5 saman semuanya (malas nak printscreen):

1. 2007 - Kuala Lipis (Speed Trap) - RM300
2. 2008 - Kuala Terengganu (Parking) - RM30
3. 2009 - Pasir Puteh (Speed Trap) - RM300
4. 2009 - Machang (Speed Trap) - RM300
5. 2010 - Tanah Merah (Speed Trap) - RM300

No 1 ngan 2, kakak2 yang buat. No 3 4 5, saya sendiri yang drive. Hihihi (tapi no 5 tu abah yang suruh bawak laju wuwuwuw T_T)

So minggu lepas, saya dengan rajinnya telah log in myeg.com untuk membayar saman online. Bayar 3 saman, lepas 50% diskaun, totalnya RM450 sahaja (sahaja???)... huuuuu melayang-layang elaun bulan ni. Tapi takpelah. Hidup aman sket.. Takde terpikir saman dah. Alhamdulillah...lega... (selama beberapa hari..)

Lepas tu Encik MARA pulak datang mintak hutang. Waaaahhh apesal semua nak mintak hutang time aku kena gi conference nih!!! GRRRRR

Jadual bayaran balik hutang MARA dah sampai rumah. Total RM70,000. Start bayar Februari 2011. Adehs! Kan dah hantar surat penangguhan sebab tengah sambung belajar. GRRR

Terus call encik MARA punye kaunter pertanyaan. Rupanya surat saya bertarikh March 2010 itu kena rijek sebab saya bagi surat tawaran sambung belajar je. Dia nak surat pengesahan sambung belajar. Adeh! Tak cakap siang2. Padahal surat dulu abang JPSP (Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar) yang ajar cara nak buat. Tengok2 salah. Haih.

Pastu kaunter pertanyaan tu cakap lagi, saya ni layak mintak pengurangan, ikut CGPA. Kan biasiswa bersyarat. OOOooOOooOhhh saya kata. Akak tu cakap lagi, "Awak hantar borang pengurangan sekali. Akak bagi masa 21 hari dari sekarang."

HAAAAAA????

OK!!!! Saya pun type surat penangguhan dan surat pengurangan. Isi borang, fotostet degree scroll ngan transkrip, gi mintak sign dengan pegawai daerah, amek surat pengesahan belajar kat Academic Central Service, then terus pos. Dalam masa sehari! Pergh gile terkejar-kejar. Lepas tu lega! Hehehe berapa percent encik MARA nak bagi kurang nih. Kalau saya nak bayar 10% je bole? HIHIHIHI Amin.....



ps: banyaknye hutang... camne nak kawen... :(

Saturday, December 18, 2010

100th Post



Finally, I've reached my 100th post. Selow gile kan? Dah 2 tahun lebih baru nak 100 post. Heh. Tapi kalau campur post yang dalam draft, yang dah delete, banyak jugak kot. Biasa la, time ada idea, tulis2 pastu wat derk tinggal dalam draft. Entah pape. Eh ape aku merepek ni.

Back to the topic.

I started blogging when I was doing an internship with a consulting engineer firm. Rasa macam perlu je mengasah my language for final year project on the next year. Masa tu tiba-tiba aktif masuk youthsays punya forum. Siap pernah jadi top contributor ape bagai. Then dapat participate dalam realvoices punya blog. Saya terpilih menjadi antara 50 orang Malaysian Youth pelbagai background kena buat blog post mengikut topik2 yang disediakan penganjur. Bole pergi usha realvoice punya blog kalau nak tahu. Yang paling best dapat upah RM500 untuk tulis blog je.. Huahuahua seronok tak? Duit tu plus bonus akhir internship oleh bos, saya gunakan untuk membeli laptop yang saya guna sekarang. Berjasa gile!

Lepas intern dah agak malas tulis blog. Busy dengan final year? Or busy dengan social life? Entah lah. Time nak, saya update; time malas, saya biar berhabuk.

Sepanjang 100 post ni..dah macam-macam berlaku. Saya pun dah berubah kot. Kalau tak nampak ngan mata kasar pun, maybe gaya penulisan dah lain (ke??). Entahlah. Rasa macam dah lain dengan dulu. Tak percaya?



2008 - Seorang trainee design engineer


2009 - Final Year Project poster presentation


2010 - Dah konvo, wat master dengan leisure. Asek jalan2 je :D


Sama tak? Sama tak? OK bertambah-tambah gemuk (mengaku dengan rela T_T). Takpe2 nanti post ke-200 tengok la I dah selim melim macam zaman skolah dulu ye..

Challenge Accepted!!! (gaya Barney Stinson)

Harry Potter The Almostending Story

Baru-baru ni ada pergi tengok Harry Potter 7 Part 1. Masa tu pening gile tak faham satu ape pun! Tau kenape? Haaa....

Sebab saya yang bijak pandai ni dah lama malas nak follow cerita tu.. Rasa macam panjang sangat... Gi tengok pun sebab housemates yang ajak. Layankan jelah kan.. Tapi sebab geram tak faham, n tak boleh nak tanya housemates sbb diorang khusyuk gile tengok, saya pun pergi la ambil collection of Harry Potter punye series dengan seorang member. Dia simpan semua ~_~

So saya ambil la episod 4, 5, dan 6, sebab seingat saya, last sekali tengok adalah Azkaban (Gile outdated!). Masa tengok episod 4 Goblet of Fire tu, saya terperasan something! Wahhh!!!! Edward Cullen ada laa dalam Harry Potter!!! Jadi Cedric Diggory yang mati katak kena bunuh ngan Voldemort masa diorang dah dapat cup tuh! Perghhh Edward Cullen!! (Lepas seronok2 tu tiba2 rasa cam ketinggalan zaman gile sebab orang lain dah lama tau T_T)


Cedric Diggory a.k.a Edward Cullen

So... maknenye... this one is relevant la kan?


Oh yes he did go to Hogwarts.hehehe


Ada sorang lagi yang saya perasan baru muncul dalam episod tu, iaitu awek model kepada Chuck Bass yang ok lah malas nak sebut panjang2. Tak lawa pun!

Lepas tengok semua 4 5 6, baru la saya faham sikit2 cerita yang no 7 part 1 tuh. Lepas tu tiba-tiba rasa macam dah lupa cerita encik heripoter ni masa awal-awal. So saya pun dengan rajin sangat pergi la ambil dengan kawan tuh, episod 1 2 3 pulak. Akhirnya saya tengok semua balik. Fuh pening kepala duk marathon cita budak kecik ngan kayu sakti nih. Siap mengigau lagi pasal ape ntah, lupe.

Tapi yang paling bes tengok adalah episod 1. Semua orang kecik kecik comel comel. Even si Malfoy yang menyampahkan tu pun comel.. Geram je tengok.



Comel kan...


Draco pon :D



Lepas dah tengok semua seriesnya, saya membuat kesimpulan, heri adalah seorang budak yang sangat kesian. Oh kesian betul kat dia. Dah la takde mak bapak, pastu kecik-kecik dah kena berlawan ngan orang tua. Ape punye cite la.. Ish3... taknak kawan! T_T


Ok sekarang dah bole tido. Ciao~

Friday, December 17, 2010

Girlfriend!

I missed my girlfriends. I really do. Bukan kawan2 kat UTP (not that I didn't miss them too), tapi kawan2 kat MMP dulu. Rasa macam dah lama tak gather semua orang. Rasa dah lama tak balik rumah jugak huhu.. Dulu tiap2 kali balik rumah mesti jumpa diorang, tapi sekarang balik rumah pun untuk wat research, dah takde masa lapang sangat.

Introducing my girlfriends~~



Dila Bayah Nad Key Daia Eman

Ni gambar yang ada semua orang n decent sket (whatt??hehe). Masa form 1 n form 2 yang kitorang satu kelas. Then bila form 3 dah lain-lain. Tapi kitorang still jumpa time rehat untuk makan sama2. N remember meja bulat dekat pokok tu? Tu la tempat biasa kitorang lepak makan-makan.

Hubungan kami, dah macam family. Sebabnya, parents pun dah kenal sesama parents. Walaupun parents jarang2 je jumpa, tapi still berkirim salam. Kalau kat rumah, abah macam strict sikit pasal keluar2. Tapi bila sebut keluar dengan diorang ni, abah tak bising pun balik lambat. Hihi.. Bagus jugak parents dah kenal kawan2 ni.

Sebab tiba-tiba teringatkan mereka, tadi pergi godek2 gambar lama nak hilangkan rindu. Lepas tu jumpa la gamba2 berikut..


Kami suka pergi ke pantai...





..dan picnic. Ni kat Jeram Linang


Shopping?


My house, masa open house raya tahun lepas


Banyak lagi gambar masa muka buruk gile, tak sanggup nak upload muhahaha. Bila tengok-tengok balik gambar lama, rasa cam "wah..dah besar dah kita..." Semua orang dah ada hidup masing-masing. 3 of us sambung belajar, Dila in UPM, Daia in UiTM, me in UTP. Eman n Bayah tak habis study lagi.. Biasa la budak2 medic lama sket. Nad je dah kerja, sebagai seorang pharmacist. Last time jumpa, Nad belanja semua orang. Amboi2 tak patut betul kita pow dia, hihi tapi skali skala kan :P


Rindu betul nih! Hari tu tengok kat fb, diorang masak2 sama2 plak. Haish jeles betul. Ni yang rasa nak balik ni.. tapi skrg musim bz...huhu sabar jelah >_<






Gambar sampingan. Kalau pergi rumah Dilla mesti nak usik gitar dia n pura2 goreng hihihi

Monday, December 6, 2010

Delayed!

Symposium presentation saya dah ditunda ke Selasa 28hb Disember jam 2.15 pm.
Evaluator: Dr. Ibrahim Kamaruddin (Dr. IK) dan Dr. Syamsul Rahman (Dr. Shark)

Fuyohhh..

Nak lega ke taknak? Ok saya decide nak lega lah. Walaupun evaluator orang hebat2 (sorang bekas HOD, sorang lagi present HOD), saya diberi masa 3 minggu lagi untuk improve presentation. So legalah kut?

Mungkin ada certain sections yang saya nak tambah kasi gempak sket paper tu. Yelah dah 2nd semester kot. Walaupun data dah cukup, tapi saya malas sket nak analyze. Ok la fine saya akan analyze sket untuk menunjuk kat presentation nanti. Kang tak tunjuk analisis kang nanti kena bambu baekk punya pulak. Haiz~

3 minggu ni nak buat ape ye? Rasa cam nak balik lak ngeeeee :D

Oh dem teringat! Conference 21hb! Ok la balik 2 minggu je. Setel!


Ps: Selamat Tahun Baru Hijrah kawan2.. Kalau rajin bacalah doa akhir tahun lepas solat asar, dan doa awal tahun lepas solat maghrib. Walaupun macam2 pendapat keluar pasal doa ni, saya tetap berpendapat doa adalah hasanah, iaitu benda yang baik. Walaupun takde dalam nas, doa tu tak salah pun kalau dibaca. Niat la baca doa tu untuk kebaikan, dan seterusnya terserahlah pada Allah S.W.T.

Lihat doa di sini





Monday, November 22, 2010

Kembali Sibuk

Data collection dah siap.

Dah balik utp pun...

Minggu ni kena hantar reviewed conference paper ke uniten.
Minggu depan kena hantar symposium paper ke utp.

6-10hb Disember = Symposium ke-12 kat utp. tak tahu lagi present hari ape. yang pasti paper pun tak siap lagi. Apetah lagi slide dan preparation???

21hb Disember = MUTF Conference kat Uniten. Paper dah siap. Tunggu final review dari sv, then final correction maybe, sebelum resubmit ke proceeding team. Slide tak buat lagi. Tengah tensen dengan sympo paper. uhuuuuuu

Mana nak kena utamakan ni?????


Nak g deting dulu boleh tak :D

Wednesday, November 17, 2010

Raya dan Cheng Ho

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan buat semua umat muslimin. Soalan lazim musim ini ialah "tahun ni korban ke?" Hehehehe...

Sempena cuti beberapa hari ni, selamat pulang diucapkan kepada anak Kelantan di perantauan. Bawak kereta tu hati-hati ye.. Hari Sabtu lepas lagi jalan dah mula jammed dari biasa di Kota Bharu. Orang sibuk nak shopping plus perantau mula balik kampung. Tensen ambil data yang sepatutnya satu trip = 1 jam , jadi 2 jam.


So sempena balik bercuti ni, apa kata kawan-kawan usha Cheng Ho Expo yang bakal bermula Ahad ni, bersamaan 21 - 26 November 2010. Ape? Cheng Ho ape? haha tak pernah dengar pasal Expo ni? Yela kalau nak harapkan media prima tu takpat la kan :P

Cheng Ho Expo 2010 : Kelantan-China International Trade Fair ni membawakan tema Friendship & Prosperity. Friendship China-Kelantan? Prosperity burger? Hihi itu je yang ada dalam kepala saya bila sebut Friendship & Prosperity. Jom usha poster dia:



Logo expo


Banner



Events




Jom usha Cheng Ho Expo punya website dan Dato' Husam punya website pulak. Ni Facebook page. Ecewah aku ni asek iklan jer :D

Dari seminggu dua yang lepas saya dah perhati persiapan expo ni dekat Stadium Sultan Muhammad IV. Poster dan banner dah penuh. Khemah dah naik. Excited pula menengoknya. Saya teringin nak tengok, nak pergi berurut ke.. belajar tulisan khat Cina ke.. tapi macam tak sempat je.. Kena balik campus cepat-cepat ni, banyak kerja T_T


So kawan-kawan yang cuti panjang sikit tu singgah la tengok-tengokkan untuk orang-orang macam saya ni kih kih kih


ps: penuh daging lembu tak muat nak letak lam peti ais. jom bakar sate~~~~






.

Tuesday, November 16, 2010

Celcom ke Maxis part II




Sebelum ni terfikir pasal Celcom Upax versus Hotlink Youthclub. Sekarang nak fikir pasal broadband pulak.

Minggu lepas saya ikut Aiman ngan Nadia keluar ke KB Mall. Nadia nak cari printer. Saya pula nak pergi buat haircut. Masa tu ada IT Fair kat ruang legar ground floor tu, manakala salon saya kat tingkat paling atas. Masa pusing-pusing tu saya nampak member tengah promote Maxis punye brukband. Kerja part-time sempena cuti sem kot. So saya pun pergi la dengar..

Turns out saya berminat!!! Murah gilerrrr

RM38 sebulan selama 6 bulan, seterusnya RM48/month

Pastu usha Celcom broadband pulak.

RM28/month for 3 months, then RM48/month


Oh same je.. Tapi Maxis nyer limit 1.5Gb while Celcom; 1Gb..Kat sini Maxis dah mendahului. Lepas tu usha lagi..

Maxis punye broadband 3.6Mbs free. Kalau nak yang 7.2Mbs kena bayar RM100 kot. Entah.

Celcom pulak ada kena buat registration RM100.

Heh. So Maxis wins la kot.


Lepas tu balik rumah excited gila pergi cerita kat encik boifren, nak beli broadband.... Lepas tu kena sound.

" Nak buat ape? Kat umah dah ada. Kat UTP dah ada. Bile nye nak pakai?"

" Err.. on the way?", jawab saye. Huhu... Kena marah...



Kesimpulannya, tak jadi beli T____T




.

Monday, November 15, 2010

Celcom ke Maxis?




Saya adalah salah seorang pengguna dua-dua rangkaian Maxis dan Celcom. Pasal Digi saya taknak sebut lah sebab kawan-kawan memang tak ramai pakai Digi. 2-3 kerat je, dan mereka pasti ada satu lagi nombor Celcom/Maxis.





Kenapa saya ada dua nombor?

Mudah saja. Kalau rangkaian berlainan caj dia mahal sikit. So ambil jalan tengah pakai dua-dua. lagipun kredit agak jimat buat camni. Saya pasti ramai orang yang buat kan? Call dan message untuk Celcom ke Celcom je, dan Maxis ke Maxis. Boleh pilih nak guna yang lagi murah untuk buat panggilan atau texting. Tambahan pula, saya pakai fon yang boleh masukkan dua-dua simcard, dan on kedua-dua serentak.

Satu lagi sebabnya, sekarang ni saya kan student. Saya pakai Celcom Upax dan Maxis Youthclub. Memang sangat murah. Tapi kedua-dua pakej ni akan berakhir apabila saya berumur 25 tahun, lagi 2 tahun.

So selepas 2 tahun, saya akan menggunakan satu nombor saja. Maybe pakai postpaid. Who knows. Tapi saya memang akan pilih antara satu. Kawan-kawan yang tak sambung belajar memang dah guna satu nombor je sekarang. Ada yang pilih Celcom je, ada yang pilih Maxis. Dari sekarang saya memerhati perkembangan caj Maxis dan Celcom. Hari ni Hotlink sms, cakap caj untuk calling ke rangkaian lain akan naik dari 15 sen ke 18 sen. Esok-esok apa pulak?

Ye saya memang kedekut, nak jimat sebab nak simpan duit wat kawen (LOLs), so benda-benda macam ni saya memang berkira lah. Kalau nak contact kawan-kawan, pergi cari kat Gtalk ke, YM ke, FB, ke.. Last choice baru nak sms. Kecualilah sangat urgent, maka saya akan call terus je.

So macam mana? Encik Celcom dan Puan Maxis? Yang mana satu bakal menjadi pilihan saya? Haha :P




.

Sunday, November 14, 2010

Buat baik dibalas baik

Orang kata kalau kita buat baik kat seseorang, pasti akan dibalas juge, tak kira la oleh orang tu jugak ke..ataupun Tuhan gerakkan hati orang lain untuk buat baik kat kita masa kita memerlukan.

Contohnye, jangan lah kerek sangat time bawak kete tu. Kalau ada kete menyelit mintak jalan, bagi je lah. Mana tau satu masa kita pulak terdesak nak menyelit kan...

Tersebutlah kisah, ada makhluk Allah telah berbuat baik kat saya. Masa tu saya parking kat tengah bandar Kota Bharu. Kat sini bayar parking yang masuk syiling dalam meter tu....





....macam ni...


Masa tu saya masukkan je syiling yang saya ada...tapi sikit la.. Bila balik ke kereta, saya tengok ada kereta yang kena saman sebab tak masukkan syiling. Tapi saya tak kena.. So saya agak pakcik majlis perbandaran kesian kat saya la.. Terima kasih pakcik :)

Satu kali lagi tu, saya pergi shopping. Letak syiling 20 sen, untuk 15 minit je... Tapi shopping sejam. Balik ke kereta, tengok-tengok kat meter tuh, ada lagi masa beberapa minit. Apekah? Saya pun mengagak ada makhluk Tuhan yang baik hati isikan syiling dalam tu.

Huhu terima kasih tuan-tuan dan puan-puan. Saya doakan pada masa depan, Allah gerakkan hati orang lain pulak tolong tuan-tuan dan puan-puan ye.. Amin...


Lepas kejadian-kejadian tersebut, saya mula berkira-kira nak beli kad pintar parking macam abah saye punye. Tu la dari hari tu abah suruh beli, tapi saya degil.. hihi



kad pintar untuk parking


Kad ni fungsi dia macam prepaid lah. Bila dah parking, masukkan sekali. Then bila nak keluar parking, cucuk lagi sekali. Nanti kat meter keluar la berapa lagi balance kad anda. Senang kan? Tak payah risau nak sediakan syiling. Lepas tu tak payah pikir dah masukkan syiling tu terkurang ke.. terlebih ke... Gerenti takde ter ter dah. cewah iklan betul!

ps: Saya agak, kalau kita lupa nak cucuk bila nak keluar parking, mesti balance habis kan? Kankan? So key, takleh lupa-lupa ye? Haiz....





Huuuu taleh tidooooo T________T

Monday, November 8, 2010

Apesal Ngok?

Apesal? Apesal?

Apesal orang blaja tinggi-tinggi pun bodoh jugak?

Apesal kalau Kedah banjir, kerajaan pusat kena mengungkit-ngungkit masa hantar bantuan?

"tak kira lah dia pangkah apa, kita sanggup nak bantu?"

Apesal? Rakyat Kedah bukan rakyat Malaysia ke? Tak bayar cukai ke?


So, maknanya, time rakyat UMNO Kelantan kena banjir, kerajaan negeri PAS Kelantan tak payah tolong jugak lah? Tak pangkah dia?

Wadehel man!


Satu lagi ada budak pernah cakap dulu-dulu, " Eh, Mahathir tu PM aku la. Ko kan PAS. Bukan PM ko"

Eh ngok! PM UMNO ke dia? PM Malaysia kot budus. Dah tu kalau Tok Guru Nik Aziz jadi PM Malaysia, dia PM aku sorang ke ngok? Dia PM ko jugak la budus.

Budus budus budus. EMO WEIIII

Gi bukak buku sejarah baca balik peranan-peranan kerajaan negeri ngan kerajaan pusat. Pastu baru cakap besar balik. Gih gih syuh syuh



NGOK.

Sunday, November 7, 2010

Kahwin Perdana 2010



Teringin nak kahwin? Tapi tak cukup duit? Boleh-boleh jangan risau... Sekarang anda boleh kahwin free je. Mas kahwin ngan kenduri sponsored! Pastu yang lain-lain tu sapot sendiri la kankan?





Betul ni tak tipu punya.. Sumber dari facebook Tok Guru kesayangan saya. Bagus betul lah idea ni. Memang patut dicontohi pemimpin-pemimpin lain.

So, kawan-kawan yang nak kahwin tu, sila lah. Pilih je kategori mana yang berkenaan. Kalau takde jugak, tak payah nak gatal-gatal. Pergi cari keje simpan duit dulu ye :P


Sunday, October 31, 2010

Jalan Cameron - Lojing

Alhamdulillah, jalan raya yang menghubungkan Cameron Highland (Pahang) dengan Lojing Highland (Kelantan) bakal dibaiki.

Dulu masa zaman undergrad saya memang balik KB ikut jalan tu je. Dari UTP pergi Simpang Pulai, direct ke jalan cameron tu straight.... je sampai Lojing, Gua Musang then direct ke Kota Bharu. Jalannye elok, multiple lanes. Baru siap la katakan. Walaupun ada dengar cerita-cerita tak bes pasal jalan tu dari sumber civil engineers jugak, saya prefer jalan tu jugak dari laluan Gerik-Jeli yang jalan tak berapa elok tuh.

Sadly pada penghujung tahun 2008, kejadian tanah runtuh berlaku di jalan tersebut (seperi jangkaan cerita-cerita tak bes itu). Runtuhan membabitkan beberapa kawasan iaitu kilometer 50, 54, 71.1, 74, 81 dan 83.




Tempat kejadian (sumber dari bencanaalam.jkr.gov.my)


Lepas intern, ada la sekali dua saya ikut laluan tu apabila dah dibuka, tapi agak cuak la. Analoginya macam ni lah, jalan belah atas runtuh, dan kena dekat jalan di bahagian bawah. Macam tu la yang saya agak2 hihi. Mula-mula lalu, tanah runtuh baru separuh dibersihkan. Diorang pecahkan tanah tuh, pastu jual kot. Hihi untung la kontraktor yang dapat projek tu, dapat upah bersihkan runtuhan, pastu dapat tanah free :D

Lepas tu lalu sekali lagi, dah takde runtuhan tu, tapi area yang terlibat tu dijadikan satu lane. Dua lane rosak terus, jadi lubang besar. Euww ngeri2. Lepas tu saya dah tak lalu jalan tu, sebab jalan Gerik-Jeli pun dah makin besar dan elok :)




@Puncak Titiwangsa (Laluan Gerik-Jeli)


Then yang terkininya, saya baru tengok berita tadi. Jalan Cameron-Lojing tu akan dibaiki. Kononnya plan nak baiki tu dah lulus 2 bulan lepas. So saya gembira la, maybe lepas ni akan berani balik nak lalu ikut sana. Bukan ape, boleh la singgah-menyinggah Cameron tiap-tiap kali balik. Dulu memang selalu buat camtu pon. Singgah beli strawberry la.. sayur la.. Mak saya suke! :D




Kegiatan singgah-menyinggah


Satu je, mintak-mitak jangan la dipolitikkan pasal nak baiki jalan tuh. Yela sekarang kan musim GALAS. Sebabnye, jalan tuh dah DUA TAHUN runtuh, so takde maknenye kalau dipolitikkan sekarang. Tanggungjawab repair jalan memang kerja JKR kan. Majulah Jabatan Kerja Raya untuk semua yayy~~



Monday, October 25, 2010

Data Collection Lagi



Yeayyy~~ finally saya dah ada kat rumah~~

Tapi bukan untuk berfoya-foya.. Macam biasa untuk data collection la. Kali ni special sikit sebab ikut perkiraan saya, ni la final data collection saya. Kalau betul2 ikut jadual, stage data collection saya akan selesai dalam 2 minggu ini, insyaAllah...

Lepas tu boleh la saya fokus untuk pergi present paper dekat conference pulak bulan 12 ni. Lepas tu la baru saya boleh slow-slow buat analysis untuk semua data yang saya dah kumpul sepanjang tahun ini. (fuh xleh bayang la betapa tedious nye ~_~)

Saya boleh speed up data collection pun, thanks to my brother Abe and my sister Amalin yang tolong saya collect data (tapi kena bayar upah la, RM30 sehari T_T).

Untuk kali ni, saya upah adik kawan saya pula. Syafinaz namanya. Dia baru habis diploma, tengah tunggu nak sambung degree bulan 12 ni. Memang kena pada masanya lah! Semalam saya call dia, tanya nak keje part time tak. Dia kata nak. Pastu petang tadi, saya pergi rumah dia explain job scope dia, upah semua. Mama dia pun setuju dia tolong saya, dari duk umah lepak-lepak je hihihi

Seronok~~

So esok kami akan mula bekerja, dan mesti betul-betul ikut jadual tau! Kalau tak, tak sempat. Nanti cuti sekolah saya dah tak boleh ambil data, tak valid! wuwuwuwuwu

All the best to me!





Amalin taknak tengok camera >_<



.
..dan abe dengan beg mahal :D



(beg mahal sebab bayar yuran mahal2, pastu dapat beg ni dengan buku log je -__-")




.

Wednesday, October 20, 2010

Saya Dah Konvo!!!!

Yahuuuu yiehhaaaa yariibbaaaaa andreeee andreeee~~~

Fuh fuh fuh finally. I'm officially graduated! Alhamdulillah... Lega sangat dah selesai semuanya.. Sekarang boleh la saya fokus untuk dapatkan segulung ijazah sarjana pulak hihi.. One more semester to go! :D

Dari minggu lepas sebenarnya jadual saya sangat pack. Saya penat, lenguh kaki, tak cukup tido, makan tak teratur, dan sebagainya. Tapi itu semua, WORTH IT! Ini dia sedikit ringkasan tentang benda2 yang saya lakukan seminggu ini.

Rabu 13102010

Pergi Undercroft ambil robe untuk 7 (Paan, Aza, Kaksya, Eni, Zah, Adi) orang kawan2 saya termasuk saya. Dah la robe tu berat, kena isi borang untuk 7 orang pulak. Padahal saya dah bawak macam2 borang yang diperlukan kononnya. Haish! Nasib baik la encik boipren sudi ambil cuti sehari untuk tolong saya mengangkat robes tersebut. Dah setel, kami pergi ke Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah untuk Pre-Convo Photoshoot.

Of course la tak boleh tunjuk gambar sweet2 saya ngan dia kan :P


gambar saya sorang sudey~

Khamis 14102010

Ambil robe untuk Aishah yang last minute decide nak pergi konvo. Mula2 risau jugak kot2 tak lepas sebab dia tak isi online attendance form sebelum due date. Tapi Alhamdulillah, Tuhan permudahkan jalan. Saya dapat ambilkan jubah untuk dia heheee...

Malamnya saya tunggu Kaksya dan Paan yang datang dari KL, pastu nak tumpang tidur kat bilik saya. Paan kata nak pergi mapley, so saya pun tak dinner la. Sekali tunggu punye la lama, sampai saya tertidur. Dalam 1.30 am camtu, Paan call, bagitau kereta satu lagi yang konvoi ngan dia, eksiden. Dah dekat sangat dengan UTP, area Batu Gajah je. Member tu terlanggar tiang lampu isyarat. Saya pun terkocoh-kocoh pergi kat tempat kejadian, lepas tu bawak kawan pergi Hospital Batu Gajah. Kawan (Ayu) mengadu sesak nafas sebab terkena airbag. Dah setel semua, kami balik ke bilik saya; dekat 5 am baru sampai, semua terus pengsan.

Jumaat 15102010

Rector Award Ceremony and Convo Rehearsal di Chansellor Hall, 8.30 am. Kami tido 3 jam je (sedih betul)...


Bekas housemates semasa final year. From left: Zah, Kaksya, Eni, Paan, dan saya




Lepas tu, kami pergi photoshoot lagi :D


@ undercroft

Balik tengahari tu, terus tido sampai petang. Lepas Asar je, kami gerak ke Lumut untuk menjemput tunang Kaksya datang ke UTP. Keretanya dah dipow oleh adik, so dia pun patah kaki hehehe..

Alang-alang ke Lumut, photoshoot la apalagas!







Memang muka tak malu lah jalan merata pakai robe hihi.. Malamnya Syime (tunang Kaksya) belanja makan kat Horizon Garden Seri Manjung. Superb! Sama sedap ngan yang cawangan Wakaf Che Yeh :D

Sabtu 16102010

Pagi-pagi lagi kami dah bangun sebab ada agenda masing-masing. Kaksya nak pergi dating, saya ngan Paan pulak nak pergi naik hot air balloon dekat convosquare.



Lepas tu jalan-jalan pusing convosquare tu and shopping sakan kat booth PETRONAS (OMG semua 50% ~_~)



Petang lepas Zohor, kami pergi photoshoot dekat bangunan akademik pulak...




Lepas tu family saya tiba dari Kota Bharu dan Shah Alam. Saya pun pergi bawak diorang ke homestay yang saya dah reserve sejak dari bulan April lagi. Lepak2 kejap, lepas tu saya balik ke bilik di UTP untuk bersiap-siap pergi ke Convocation Dinner.


Dari kiri: Aisyah, Aza, Kaksya; Belakang:saya dan Paan



Lepas dinner, kami semua balik ke homestay/hotel tempat tinggal family masing2 untuk bermanja-manja hehehe

Ahad 17102010

Bangun pagi-pagi, saya pergi belikan nasi lemak untuk family. Lepas makan, saya bawak adik-adik ke pergi convofair pulak. Mentang-mentang la saya konvo sesi petang.
Semua nak naik belon jugak. Benkrap la kakak dia, tapi takpelah sekali sekala :D









Tengaharinya, saya hantar mereka balik ke homestay. Lepas tu saya bersiap-siap untuk konvokesyen saya. Kena beratur jam 1 pm.












Lepas tu, family saya pun berpecah, 2 kete balik ke KB, satu lagi balik SA. Malamnya saya pergi gathering #kuiz @utpchat.net di tapak konvo. Kami lepak-lepak makan sambil dengar konsert Hatttan. Rugi jugak rasanya tak tengok konsert Zamani malam sebelum tu, tapi kitorang dah bayar dinner kan, so kena la pergi dinner.


Zack dan Adi


Edgar, Ayub, dan Irfan.


Aloha, Irfan, Vanilla, Oompa, saya dan Paan. Thanks Irfan kerana menaja makan malam kami semua XD


Lepas makan semua, kami bermaafan dan say babai kat semua orang. Tak tau bila boleh jumpa lagi T__T


ADA LAGI. Isnin 18102010

Bangun pagi-pagi, pergi hantar robe, ambil skrol degree ngan transkrip, pergi Ipoh collect gambar dari official photographer, lepak2 kat Kinta City makan-makan + shopping. Then pegi ke post office poskan barang-barang Aisyah dan Aza, then hantar diorang naik shuttle train di ktm.

Lepas tu saya sorang-sorang balik UTP, tengok bilik sepah gile. Tau la bilik saya jadi homestay huhu.. Tiba-tiba rasa pelik, rumah dah tak bising2 :P



Sekian, kisah konvokesyen saya, bersamaan Konvokesyen ke-10, bulan 10, tahun 2010 :D

weeeeeeeeeee~~~




.