Friday, July 23, 2010

Tuntutlah Ilmu



Maksudnye tuntutlah ilmu walau sehingga ke liang lahad. Maksud tersirat pun macam tu. Jangan malas2 nak belajar. Dah habis sekolah tu, pergila kursus masakan ke, kursus memandu bot laju ke... kursus kahwen ke.. (ooppss)

Ha yang saya nak cerita ni bukan pasal tuh. Tapi pasal ada sorang minah nih. Sebelum ni dia tak sedar diri, tapi sekarang baru lah tersedar agaknye. Tu pun sebab ada sorang kawan nih bagitau dia.

Minah ni kan macam ni tau. Orang masuk Darjah Satu masa umur 7 tahun,.... Dia? Umur 6 tahun dah masuk tumpang kelas orang. Mentang2 anak cikgu kan. Lepas tu taun depannye tu, darjah satu lagi. Ape lagi, benda2 dia dah belajar kan, tiba2 jadi terer la kan. Masa tu dia ingat lagi dia selalu lawan dengan Tiara Zubaedah tuh. Gilir2 no 1 dengan 2.

Dajah 1, dajah 1, dajah 2, dajah 3, dajah 4, dajah 5, dajah 6.... Lepas tu minah tuh masuk sekolah menengah pulak...

Peralihan Bahasa Arab (1/2 tahun), Form 1(1/2 tahun - haaa yang nih nak cite. gile lah form 1 stgah tahun. byk gile nak kejar. dah la tahun tu baru start komsas la pulak kan. sastera melayu sastera english.sastera arab lagiiii...ok sambung!), Form 2, Form 3, Form 4, Form 5.... tammat sekolah menengah....

Minah tuh kan, dia abis SPM 2 Disember 2004. Lepas tu dia terus masuk sekolah memandu pulak. Haih sekolah lagi.. Cukup sebulan, dia dapat surat panggilan UTP pulak kan. Masuk 15 Januari 2005. Masa tu sempat2 dapat lesen L je.. (ok i slow..malas nak pegi kelas memandu hari2 :D)

Lepas tu minah tuh masuk la Foundation Programme kat UTP plak kan.. Foundation, 1st year, 2nd year, 3rd year (+internship), Final year.. lepas tu minah tu habis la degree programme in Civil Engineering dia kat UTP pada Disember 2009....

Tiba-tiba kan, minah tuh kan.. Dia sambung belajar Masters Degree pulak kat UTP tuh. Start 20 Januari 2010 sampai 2011 InsyaAllah....

Tak sedar diri kan minah tuh? Hahaha


3 comments:

Jemi said...

mc knal je minah tu... mmg x sedar diri... anak sapa la dia tu!!! Adus... gila blaja x pa. jgn gila ***i sudah. wakakaka

melor said...

hihihihi gila isim?

limauais said...

msti genius bdak ni.
respek saya,tabik springg.huhu.