Monday, August 16, 2010

Status Facebook Kontroversi


Agaknya sekarang musim kot, orang2 buat status facebook yang kontroversial. Tak lama dulu ada kanak2 buat status mengaibkan kematian seorang selebriti. Tiba-tiba heboh la cerita pasal kanak2 tersebut, dan muncul lah group2 haters yang mengecam teruk kanak2 itu.

Kemudian, muncul pulak kes seorang wanita yang menghina satu negeri kerana tiada menjual biskut kegemarannya, sedangkan kat tempat tumpah darahnya laagi la tak ada biskut tersebut. Lepas tu glemer lah sekejap wanita ini, dan muncul lagi group haters yang menghinanya 5-6 kali lebih teruk

(In her defense, saya rasa dia tidak bermaksud untuk menghina negeri tersebut. Mungkin bahasa percakapannya yang tidak dapat diterima orang ramai. Maksud saya, mungkin perkataan 'hina' adalah perkataan biasa je bagi orang negeri dia. Sama seperti perkataan 'bengong', 'natang', 'hawau' etc di negeri2 lain. Mungkin.)

Biasanya saya tak ambil port sangat benda yang orang2 duk heboh perkatakan ini. Bila orang bising2 kat internet, saya baca je, then buat tak kesah. Sebab takde menjejaskan hidup saya pun. Itu antara dia dan orang-orang yang terjejas.

Tapi trend status kontroversi ni dah makin menjadi-jadi, tambah-tambah sekarang ni bulan puasa; jadi saya sedikit emo bila terbaca benda2 macam nih. Terbaru ada dua kes yang sempat saya usha di homepage facebook saya:

1. Seorang perempuan upload gambar bersama minuman keras di kelab malam

2. Seorang lelaki yang bangga tidak berpuasa, siap nak cipta agama baru beserta kitab.

Dua2 orang melayu islam ye tuan2 puan2 sekalian. Yang tukang komen pun melayu2 jugak rasanya. Apa yang saya boleh katakan tentang dua orang nih, ialah mereka saje je nak attention. Bila orang2 bising pasal derang, seronok la agaknye. Dapat glemer kan? Such attention seeker. Well, saya saje je taknak sebut nama sebab buat ape nak gelemerkan diorang kan? Gelemerkan diri sendiri lagi bagus!

Kepada mereka yang terbabit (kot2 terbaca post saya ni lah kan), hangpa nak minum arak ke...tanak pose ke... tu dosa hangpa sendiri yang tanggung kan? Kubur lain2 kan? Tapi tak payah lah nak publish2 pastu maki orang yang tego, sebab orang yang tego tu menunaikan tanggungjawab dia ok. Dah la bulan pose. Setan2 sume kena ikat. Kalau perangai macam tu jugak tu..tau-tau jelah kan.. Haih emo pulak aku di tengah hari Ramadhan nih. Ampun...




2 comments:

klise said...

kubur lain2 tapi kalo bala' datang smue kene beb

lolita said...

itu lah pasal!pastu bile orang tegor, maki balik. padahal dia terang2 gi publish kat public