Friday, December 24, 2010

Dr Shark

Sape student UTP tak kenal Dr Shark angkat tangan!!! Memang nak kena la kalau tak kenal. Gelemer kot! Walaupun beliau seorang lecturer Civil Engineering Department, beliau bergiat aktif dalam bidang teater. Tronoh Theater Shop (TTS) tu beliau la yang empunya. Pernah gak gi tengok show diorang beberapa kali, yang kat UTP la. Yang show kat luar payah sket. Hihi

Post kali ni ditujukan khas buat Dr Shark aka AP Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty. Kitorang panggil dia Dr Shark sebab dekat poster teater ada tulis Directed by DR SHARK. Lepas tu first time saya masuk kelasnye, yakni kelas Water and Wastewater Engineering, beliau introduce himself as Dr Shark pun. So lepas tu memang berani panggil Dr Shark depan-depan lah. Tapi saya notice the lecturers and staffs tak berani, so diorang panggil Dr Shamsul. Sebab ape? Haaa sebab beliau ialah HOD Civil Engineering Department (Head of Department).



Nah bukti

Nak bukti Dr Shark ni gelemer? Haaa ingat balik masa Convocation ke-10 UTP hari tu. Bila Dr Shark dipanggil ke depan untuk umumkan graduates from Civil Engineering je, semua orang bersorak. Bising giler! Hilang kejap keformalan majlis. Huahuahua



Civil Engineering Class of 2010.
Notice seseorang yang terlentang molek je kat tengah tu? That's Dr Shark!

Saya ingat masa mula2 masuk UTP, HOD untuk Civil Department ialah AP Ir Dr Mohd Fadhil Nuruddin. Sebelum tu ialah AP Ir Dr Ibrahim Kamaruddin (Dr IK), my other evaluator next week. Masuk 3rd year kalau tak silap, Dr Shark pulak yang ambil alih. Memang perkara biasa rupenye di utp. HOD kena selalu bertukar2..

Masa belajar ngan beliau, kelas is fun! Very the fun! Tapi beliau takkan membiarkan kitorang naik kepala, so walaupun dia sporting sangat, kitorang tetap takut kat dia. Kelas tak berani ponteng, pastu sanggup bawak buku text yang tebal gile tuh (sebab dia suruh), dan sabar jelah dengan asssignment yang melambak-lambak. huhuhu... Sem tu, kerja-kerja subjek beliau adalah 60% daripada semua kerja dari semua subjek. Just imagine ~_~

Satu lagi kegemaran Dr Shark (selain teater) ialah facebook. Rasanya tiap-tiap hari dia update status. Tak kira waktu, asek nampak online je kat chat tu. Baru-baru ni dia bising sebab dekat officenya, facebook kena block, walhal kat office kami si Postgraduate student, facebook bole layan je.. Pastu beliau kate, "Takkan la saya kena turun office kamu sebab nak main facebook??" lebih kurang. Hehehe punye la addicted. Sekarang xtau la kena block lagi ke tak. Aktif je kat fb tu.

Dulu saya ingat, pernah budak2 ni tulis kat status masing2, internet slow la internet **** dan ******* la.. Pastu Dr Shark nampak status2 tu, beliau terus call ITMS (department yang urus internet kitorang), buat komplen. Pastu dia update status cakap dia dah warning ITMS ape bagai. Cuak kot ITMS, HOD call camtu. Antara yang saya sempat printscreen:



Bergurau dengan pelajar TTS nya aka my classmate




Nak announce cuti?



My wall post for his birthday yesterday (cuti lagi? -__-")


OK Dah. Cukup. Upload banyak2 kang kantoi plak saya suka printscreen muhahaha (ye kawan-kawan~ I ada semua bukti~~~ HAHAHAHA *gelak evil*)

Untuk Dr Shark, terima kasih kerana memberikan kami pengalaman belajar yang sangat seronok. Nak tau, doc la antara sebab saya sambung belajar masters. Rasa macam insyaAllah..akan dipermudahkan. (Amin..).. Lepas ni walaupun doc da tak jadi HOD, jangan risau sebab students will always respect and remember you. Terima kasih!! Terima kasih!!!!!!


Reminder: post ni bukan nak membodek Dr Shark sebab nanti minggu depan dia akan evaluate Symposium presentation saya. Post ni saja-saja je nak tribute to the best HOD in the world! Siapa la dapat tandingi beliau kan. Lagipun dia tak tahu kewujudan blog ini OK. Jangan sape2 pegi paste link dekat dia, please...


ps: Semoga HOD baru dapat kekalkan ke'best'an civil engineering department. Yes I know sape bakal jadi HOD baru, tapi xleh announce sebab Encik Mior (admin department) kata rahsia lagi.. Hihi so tunggu je la formal announcement 1hb 1 2011 nanti.

ciao~


2 comments:

Dr. Shark said...

hahahaahha....naik lif tekan tingkat 1000. Thank you. Berkorban apa saja demi untuk NYA jua. Dr Shark

lolita said...

haha kantoi T_T