Sunday, December 19, 2010

Marauder's Map

Nak dijadikan cerita, saya ni kan suka teringin kat barang-barang dalam muvi. Contohnya dulu saya kecik2 saya tengok iklan aiskrim, mesti saya nak jugak. Tengok iklan coklat, nak coklat pulak. Bila dah besar perangai tu masih ada, cuma upgrade sket kot.. Tengok cite Mygirl, pergh!! heroin dia pakai baju cantik2. Sanggup gi kedai cari baju camtu gak. Huahuahua

Pastu taun lepas tengok Night at The Museum 2, teringin nak ada Mr. Einstein kecik2 joget2 dalam kereta. Macam-macam kan?

So ceritanya beginilah. Dah tengok heripoter 1 sampai 7, saya teringin nak ada satu benda je dalam banyak2 barang magic dia tuh.

Saya nak Marauder's Map!!!


Mooney Wormtail Padfoot & Prongs. I promise I'm up to no good!! (yeke?)
Sape baca novel dia baru faham camne map ni terhasil.


Map ni akan tunjuk kedudukan sape-sape dalam sekolah Hogwarts dalam bentuk tapak kaki. Comel kan? Kalau pakai satelit GPS ape jadah semua mana ada tunjuk tapak kaki gerak2. Bentuk bulat je kot. Takbes.. Cuba la reka yang cute-cute baru kami suke (kami merujuk kepada siapa2 sahaja LOL)

Siapa yang saya nak tengok dalam Map ni? Haaa mesti la... mula2 sekali Abah ngan Ma. Pastu diikuti family saya yang lain. Kirenye map yang saya (ok bagi nama Melor's Map) nak ni luas jugak kot. Ah entahlah malas nak pikir nak design camne. Yang penting kena ada semua family saya, pastu encik boipren (ceh stalker betul!), pastu beberapa orang kawan yang saya nak stalk., then orang2 yang saya kenal yang ada berdekatan ngan saya. HAHA!

Kepentingan ada Melor's Map ni adalah:

1. sebab kiut
2. untuk stalking
3. mengeratkan silaturrahim. Katakan saya tengah shopping, skali dalam map tunjuk ada member tengah shopping gak. Kan ke bole gi tegur then ajak shopping same2 hahaha
4. update gossip. contoh: wahh si A tengah deting ngan si S kat tut tut tut (dapat tau melalui map)
5. katakan saya tengah deting, then tiba2 map tunjuk abah on the way nak datang. Bole lari~~~ haha (ish3..terok3)

Ok itu je yang saya dapat fikirkan buat masa sekarang. Rupenye kegunaan map ni untuk benda2 tak elok banyak la. Ish3....

"Mischieve Managed!!!!"









No comments: